Kompilasi Minit Mesyuarat Bagi Pengurusan Sekolah

himpunan minit mesyuarat pengurusan sekolah

Himpunan Minit Mesyuarat Berkaitan Pengurusan Sekolah ini adalah sebagai sumber rujukan untuk setiap pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan minit mesyuarat.

Dalam memastikan semua pengurusan sekolah berjalan lancar dan teratur, selalunya pihak pentadbiran sekolah akan mengadakan mesyuarat. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan segala rancangan, permasalahan yang timbul dan tempat dimana kita boleh mengutarakan pendapat kita.

Pihak atasan seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jemaah Nazir akan melakukan pemantauan di setiap sekolah bagi melihat cara pengurusan sistem pentadbiran di sesebuah sekolah itu.

Tujuan Mesyuarat dan Minit Mesyuarat

Dalam memastikan sistem pengurusan sesebuah organisasi itu berada pada tahap yang baik dan memuaskan, mesyuarat dan minit mesyuarat haruslah diadakan dan diuruskan dengan sistematik.

Tujuan mesyuarat dan minit mesyuarat:-

  • Untuk memastikan sesebuah mesyuarat itu dapat dilakukan dengan berjaya dan berjalan lancar sama ada pra mesyuarat, ketika mesyuarat dan selepas mesyuarat.
  • Mengedarkan maklumat lengkap yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat kepada semua ahli-ahli mesyuarat yang hadir.
  • Memastikan matlamat mesyuarat dapat dibincangkan secara produktif dalam menentukan keputusan yang penting.
  • Segala maklumat yang dicapai ketika mesyuarat dapat diedarkan kepada semua ahli mesyuarat sama ada hadir atau tidak untuk tindakan seterusnya diambil.

Di samping itu, dengan adanya pengurusan mesyuarat dan minit mesyuarat yang sistematik, segala isu atau maklumat terkini mengenai sesuatu program atau kerja dapat diketahui dari semasa ke semasa.

Minit mesyuarat juga merupakan satu bentuk laporan atau rekod yang sahih untuk menjadi sumber panduan kepada ahli terlibat pada masa akan datang. Segala keputusan yang telah diputuskan ketika mesyuarat berlangsung akan dicatat di dalam minit mesyuarat.

Oleh itu, membina minit mesyuarat yang baik dan sistematik amatlah penting kerana ianya boleh menjadi bukti jika proses audit berlaku.

Dapatkan “Kompilasi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah” di sini

Di sini kami nak kongsikan minit mesyuarat berkaitan sistem pengurusan sekolah untuk kegunaan anda semua. Anda perlu menekan pautan di bawah untuk download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

 

Struktur Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Pada kebiasaannya, minit mesyuarat terdiri daripada beberapa elemen seperti:-

  1. Perutusan Pengerusi
    • Pengerusi akan memberikan kata-kata aluan dan memberikan sedikit informasi terkini daripada KPM mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat
    • Ahli-ahli mesyuarat akan mengesahkan minit mesyuarat
  3. Isu-isu berbangkit
    • Mencatat tajuk utama isu-isu yang berbangkit
    • Mencatat individu yang bertanggungjawab melakukan tindakan susulan
  4. Perbincangan perkara baru/kertas kerja
    • Ketika sesebuah mesyuarat berlangsung, beberapa projek perlu dibentang dan dibincangkan bersama. Hal-hal berikut perlu direkodkan:
      • Tajuk kertas kerja
      • Individu yang menyiapkan kertas kerja
      • Objektif utama kertas kerja dilakukan
      • Perkara-perkara berbangkit yang perlu dibincangkan
      • Pendapat daripada ahli-ahli mesyuarat mengenai perkara-perkara berbangkit di dalam kertas kerja
      • Hasil perbincangan ketika mesyuarat berkaitan isu-isu berbangkit dan langkah yang perlu dilakukan seterusnya.
  5. Hal-hal lain
    • Bahagian ini perlu mencatat hal atau perkara lain yang dibincangkan ketika mesyuarat berlangsung.
  6. Penutup
    • Bahagian ini perlu mencatat beberapa perkara seperti berikut:-
      • Masa mesyuarat tamat atau mesyuarat akan ditangguhkan
      • Bila tarikh mesyuarat akan datang diadakan
  7. Urus Setia Mesyuarat
    • Pihak atau jawatankuasa yang berperanan untuk menguruskan sesebuah mesyuarat dari sebelum mesyuarat bermula, ketika mesyuarat berlangsung dan mesyuarat berakhir.

Perkongsian Bersama

Akhir kata, diharapkan perkongsian kami berkaitan Himpunan Minit Mesyuarat Berkaitan Pengurusan Sekolah ini sedikit sebanyak dapat menjadi contoh serta memberi manfaat kepada anda semua dalam menghasilkan minit mesyuarat yang lengkap dan berkualiti. Kami juga ada berkongsi artikel berkaitan Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan yang lain untuk kegunaan bersama.