Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia

KOMPILASI KERTAS KERJA MINGGU PANITIA

Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia ini merupakan himpunan kesemua kertas kerja Minggu Panitia bagi pelbagai mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Lazimnya pada setiap penghujung tahun, barisan panitia akademik akan merancang penyediaan pelbagai aktiviti untuk menyokong sistem akademik murid-murid atau pelajar di sekolah.

Salah satu program popular yang dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah program Minggu Panitia. Program Minggu Panitia ini pada kebiasaannya akan berlangsung sepanjang lima hari persekolahan dalam satu minggu sahaja mengikut aktiviti sesuatu panitia tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program ini selalunya diadakan pada waktu petang selepas sesi persekolahan tamat supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun begitu, terdapat juga sesetengah program kecil yang diselitkan pada awal pagi seperti sewaktu perhimpunan pagi sekolah. Hal ini demikian kerana, program kecil sedemikian tidak memerlukan pengambilan masa yang lama.

Minggu Panitia ini tidak hanya tertakluk kepada satu panitia sahaja dalam satu-satu masa. Ia boleh digabungkan serentak dalam satu minggu yang sama seperti Minggu Sains dan Matematik ataupun Minggu Bahasa yang turut melibatkan mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sekali gus. Kerjasama para panitia dalam mempelbagaikan sesuatu program itu akan merancakkan lagi kemeriahan dan sambutan dalam kalangan pelajar.

Isi Kandungan dalam Kertas Kerja Minggu Panitia

Kertas kerja Minggu Panitia perlulah mengandungi beberapa perkara yang perlu diberi perincian dalam kandungannya, seperti:

  1. Pendahuluan
  2. Rasional
  3. Tema
  4. Matlamat Program
  5. Objektif Program
  6. Cadangan Tarikh dan Masa Program
  7. Tempat
  8. Perasmian Pembukaan
  9. Kumpulan Sasaran
  10. Bajet Kewangan
  11. Organisasi
  12. Senarai Tugas
  13. Tentatif Program
  14. Penutup

Senarai isi kandungan ini boleh diberikan penambahan tertentu atau diubah suai juga mengikut keperluan program yang dianjurkan dan juga pelaksana program.

Contoh Program Minggu Panitia

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena Minggu Panitia boleh berbentuk permainan, peraduan, pertandingan dan pelbagai lagi yang boleh menarik minat murid atau pelajar untuk turut serta menempatkan diri masing-masing. Kekreatifan para guru amatlah dituntut dalam merangka program yang bakal dianjurkan. Berikut merupakan beberapa contoh program yang boleh dianjurkan sepanjang Minggu Panitia, iaitu:

  • Permainan bahasa
  • Permainan Sudoku
  • Peraduan Teka Silang Kata / Cari Kata
  • Peraduan Tulisan Khat / Kaligrafi Cina
  • Pertandingan bersajak, bersyair, bercerita, dan seumpamanya
  • Pameran Reka Cipta
  • Sketsa
  • Kuiz

Program-program sedemikian ini boleh dilaraskan mengikut tahap murid dan pencapaian matlamat yang diinginkan oleh guru. Penganjuran program sebegini bukan sahaja dapat menarik minat murid semata-mata, malah mampu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap pemahaman dan memori murid berkenaan mata pelajaran tertentu.

Dapatkan “Kertas Kerja Minggu Panitia” di sini


Di sini admin nak kongsikan beberapa bahan berkenaan Kertas Kerja Minggu Panitia bagi mata pelajaran utama yang terdapat di sekolah. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

  1. Kertas Kerja Minggu Bahasa Melayu 
  2. Kertas Kerja Minggu Bahasa Inggeris
  3. Kertas Kerja Minggu Bahasa Arab
  4. Kertas Kerja Minggu Matematik
  5. Kertas Kerja Minggu Sains

 

Semoga perkongsian Kompilasi Kertas Kerja Minggu Panitia ini dapat memberikan serba sedikit panduan kepada para guru dalam membuat perancangan ataupun penstrukturan program yang ingin dianjurkan. Perkongsian ini juga boleh dimanfaatkan oleh semua peringkat persekolahan sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Anda juga boleh dapatkan Kompilasi Perancangan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran dan Kompilasi Perancangan Strategik Panitia Mata Pelajaran sebagai panduan yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan ramai.