Isu Soalan Spm Subjek Sejarah Kertas 2 Didakwa Bocor

Isu Soalan Spm Subjek Sejarah Kertas 2 Didakwa Bocor

Isu Soalan Spm Subjek Sejarah Kertas 2 Didakwa Bocor hangat diperkatakan sejak 24 Februari yang lalu. Hal ini kerana, terdapat topik yang tular di aplikasi sembang ‘whatsapp’ pada hari peperiksaan sebelum para pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada pukul 10:00 pagi.

Topik yang tular mengenai subjek teras ini adalah ‘Penentangan Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’. Tular di sosial media berkenaan tentang nasib para pelajar SPM sedangkan Kementerian Pendidikan Malaysia belum mempunyai kata putus tentang apa yang terjadi.

KPM Arah LPM Menyiasat

Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk DR. Mohd Radzi bin Md Jidin hari ini ditanya berkenaan dengan isu soalan SPM subjek sejarah kerta 2 bocor ini menyatakan bahawa, kementerian beliau sudah mengarahkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) untuk menyiasat hal ini dengan lebih lanjut. Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) merupakan satu badan yang memastikan sistem peperiksaan semua sekolah di Malaysia agar sejajar.

Lembaga Peperiksaan Malaysia hanya memastikan kesejajaran sistem peperiksaan yang besar sahaja di negara ini. Contohnya seperti, UPSR, PT3, SPM dan STPM serta STAM. Bagi peperiksaan atau ujian di peringkat sekolah pula, sistemnya akan dilaraskan oleh pihak sekolah masing-masing dengan piawaian yang ditetapkan sama ada oleh Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) mahupun Jabatan Pendidikan Negeri ataupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Menteri Kanan Pendidikan mengingatkan juga supaya membiarkan calon-calon SPM tahun ini untuk terus fokus dalam menjawab kertas peperiksaan mereka dan menyatakan bahawa pihak LPM sentiasa memantau isu yang berkenaan.

Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional

Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional(PIBGN) yang dipengerusikan oleh Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyuarakan pendapatnya tentang isu soalan bocor ini. Beliau mengatakan bahawa isu soalan bocor pada subjek Sejarah kertas 2 di peringkat SPM ini merupakan satu perkara yang serius. Pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia perlu menyiasat dan memberikan kenyataan rasmi. Datuk Mohamad Ali Hasan berkata lagi, bahawa pihak berwajib tidak boleh sepi tanpa apa-apa kenyataan.

Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyuarakan bahawa walaupun kita sedang berada didalam situasi pandemik, hal yang terjadi ini berkait rapat dengan integriti institusi pendidikan Malaysia. Jika pihak berwajib terus mendiamkan diri, ini akan memberikan kesan kepada mereka kerana kemampuan mereka akan diragui oleh masyarakat Malaysia mahupun masyarakat dunia. Bahkan, kredibiliti dan mutu subjek tersebut akan dipersoalkan kelak.

Reaksi Calon SPM 2020

Calon SPM 2020 yang seramai 401,000 di seluruh Malaysia menyuarakan kegelisahan hati masing-masing di laman media sosial berkenaan dengan isu soalan SPM subjek Sejarah kertas 2 didakwa bocor  . Mereka meluahkan perasaan tertekan kerana peperiksaan SPM telah pun ditunda sebanyak 2 kali. Mereka juga perlu menjalani peperiksaan dalam keadaan norma baru. Malahan proses pembelajaran mereka juga terganggu dek kerana perlu menjalani pembelajaran secara atas talian akibat berlakunya pandemik covid 19.

Presiden Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan(PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyuarakan pendapat beliau bahawa para calon SPM 2020 tidak perlu menjawab semula kertas 2 subjek Sejarah tersebut. Namun, dia juga menyatakan bahawa siasatan penuh harus dilakukan untuk menjaga nama baik sistem pendidikan Malaysia terutamanya integriti profesion keguruan di negara ini. Menurut beliau lagi, dengan melakukan sisatan secara menyeluruh ianya dapat memberikan hukuman yang setimpal kepada pelaku mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Impak Dari Isu Ini

Isu Soalan Spm Subjek Sejarah Kertas 2 Didakwa Bocor memberikan impak yang negatif kepada seluruh pihak terutamanya calon-calon SPM 2020. Mereka dinasihati supaya terus bersabar dengan tenang dalam menjawab peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas ini.

Kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan 10,000 tiket percuma kepada calon SPM