Fail Meja Tugasan Guru Kelas

Fail Meja dan Tugas Kerja Guru Kelas

Fail Meja Tugasan Guru Kelas ini memperincikan lagi bidang kerja seorang guru kelas yang bertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan kelas yang telah ditentukan.

Setiap guru akan memegang lebih daripada satu bidang tugas samada sebagai seorang guru kelas, mahupun seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Tugas utama guru adalah mengajar dan mendidik murid tetapi guru juga berperanan dalam menjaga kebajikan pelajar dan membentuk sahsiah supaya melahirkan pelajar yang mempunyai nilai murni yang tinggi.

Senarai Tugas Guru Kelas

Perkara yang berkaitan dengan kelas adalah menjadi salah satu tanggungjawab seorang guru kelas meskipun tugas utamanya adalah untuk mendidik para pelajar. Guru kelas menjadi rujukan paling dekat bagi pelajar kerana guru kelas banyak memainkan peranan bersama pelajar dalam menguruskan kelas dari aspek keceriaan, kebersihan serta kebajikan pelajar sendiri seperti melaporkan kerosakan perabot dan peralatan kepada guru yang berkenaan, memberikan bimbingan kepada organisasi kelas atau kepada murid yang telah dilantik untuk menjalankan tugas.

Guru kelas juga boleh mewujudkan tabung kelas yang berfungsi sebagai tabung kebajikan pelajar sekiranya terdapat pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, tabung kebajikan ini serba sedikit dapat membantu meringankan bebanan pelajar tersebut. Selain itu, tabung kebajikan ini juga boleh digunakan untuk tujuan keceriaan kelas seperti membeli kertas warna dan sebagainya. Kelas yang ceria dapat mempengaruhi pelajar untuk kekal bersemangat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Mengurus dan Mengorganisasi kelas

Guru kelas berperanan untuk membina organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan serta lain-lain jawatan yang perlu ada di dalam sesebuah kelas. Setelah organisasi kelas terbentuk, guru kelas perlulah menyediakan perkara-perkara berikut di dalam kelas:

  1. Jadual Waktu
  2. Jadual Bertugas
  3. Motto Kelas
  4. Perabot Kelas seperti kerusi serta meja guru dan pelajar adalah mencukupi
  5. Alatan Pembersihan seperti penyapu, bakul sampah disediakan
  6. Papan tulis, kapur, papan kenyataan dan lain-lain keperluan bilik darjah mencukupi, berada dalam keadaan baik dan bersih.

Jadual Kedatangan dan Kemasukan Pelajar

Guru kelas perlulah menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan perlulah menyimpan Buku Daftar Kedatangan Pelajar di pejabat. Guru kelas juga perlu melengkapkan butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Pelajar.

Semasa sesi pendaftaran pelajar baru, guru memegang peranan dalam menerima kemasukan pelajar baru dengan mendaftarkan ke dalam Buku Kedatangan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari Buku Kemasukan Pelajar daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Menentukan penerimaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekiranya pelajar layak menerima dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar mendapat buku teks. Selain itu, guru kelas juga perlu mendapatkan Kad Kemajuan atau Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan dokumen lain yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.

Sekiranya terdapat pelajar yang keluar dari sekolah, guru kelas perlulah memastikan Kad Kemajuan atau Rekod Profil, Kad 001R dan dokumen lain telah dikemas kini dan diserahkan kepada pelajar untuk kegunaannya di sekolah baru. Guru kelas hendaklah memastikan buku teks telah dipulangkan serta semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dan yuran lain-lain telah selesai dibayar sebelum murid keluar daripada sekolah.

Dapatkan “Fail Meja Guru Kelas” di sini

Bagi memudahkan para guru untuk mengakses fail meja, disini admin kongsikan fail meja guru kelas.

Download : Link Download disini

 

Sebelum ini, kami ada juga berkongsi berkenaan dengan fail meja dan bidang tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.