Fail Meja Ketua Panitia

Ketua Panitia (Fail Meja)

Fail Meja Ketua Panitia. Didalam fail meja ini terdapat panduan dan senarai tugas kerja yang diperincikan untuk jawatan ketua panitia. Ketua Panitia umumnya dikenali sebagai guru yang bertanggungjawab mengelola sesuatu subjek serta memimpin barisan guru yang ditugaskan untuk mengajar subjek tersebut.

Tugas sebagai seorang Ketua Panitia ialah sebuah tugas yang murni kerana bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan sesebuah subjek serta memimpin barisan guru untuk menjadi guru cemerlang.

Kebiasaannya, Ketua Panitia dilantik daripada kalangan guru-guru senior kerana telah berpengalaman dalam bidang pendidikan lebih lama. Tetapi sekarang, pelantikan Ketua Panitia lebih berdasarkan kepada cara pengurusan seseorang guru tersebut.

Tugas Umum Ketua Panitia

Berikut merupakan pecahan tentang tugas utama Ketua Panitia:

Menyelaras urusan panitia.

  • Menguruskan semua program panitia samada yang wajib ataupun tambahan termasuklah program-program ko-akademik.
  • Menguruskan dan membuat seliaan terhadap semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
  • Menguruskan bahagian kewangan yang diperuntukkan bagi panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek seperti alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar.

Menguruskan mesyuarat panitia

  • Menjadi pengerusi mesyuarat panitia secara berkala.
  • Membincangkan tentang target/sasaran untuk prestasi subjek.
  • Melakukan analisis keputusan, post-mortem dan merancang intervensi.

Menghasilkan perancangan tahunan

  • Menghasilkan perancangan tahunan yang strategik dan berkesan.
  • Menguruskan penyediaan RPT.
  • Menghasilkan takwim semakan buku latihan.
  • Membuat sasaran pencapaian.
  • Merancang program-program akademik.

Ketua Panitia yang digelar sebagai ketua guru-guru mata pelajaran ini perlulah mempamerkan amalan PdPc yang terbaik kepada guru-guru bimbingannya supaya guru yang lain akan mengikut jejak langkah ketua panitia. Pada masa yang sama, Ketua Panitia juga mahir dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2) serta menjadi sumber rujukan bagi PdPc subjek

Jadual waktu guru-guru subjek akan diuruskan oleh Ketua Panitia dan setiap jadual yang dihasilkan akan dipantau oleh Ketua Panitia.

Pemantauan dan Pencerapan

  • Melakukan pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
  • Melakukan penilaian dan membina intervensi untuk guru.

Dalam tugas memperkasakan staff, setiap Ketua Panitia perlulah membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form) bagi memudahkan proses penilaian dijalankan. Selain itu, Ketua Panitia juga adalah Jurulatih yang sentiasa meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya. Bertindak sebagai Mentor yang sentiasa memberikan bimbingan berdasarkan pengalaman. Ketua Panitia juga hendaklah menilai program-program pembangunan guru samada ianya memberi kesan positif atau sebaliknya serta melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.

Dapatkan “FAIL MEJA KETUA PANITIA” di sini


Disini kami kongsikan fail meja bagi Ketua Panitia. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu memudahkan para guru mengakses bahan.

Download : FAIL MEJA KETUA PANITIA

Tips untuk Ketua Panitia

  1. Simpan semua maklumat guru didalam Google Keep supaya mudah untuk digunakan.
  2. Lakukan rujukan analisis keperluan latihan guru daripada SPLKPM.
  3. Hasilkan jadua tugas PLC yang dimulakan dengan Teacher Sharing kerana ianya bersifat lebih terbuka
  4. Menggunakan QR Code dalam proses penyimpanan dan akses bahan-bahan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Proses penyimpanan adalah lebih mudah jika menggunakan Zappar.
  5. Menggunakan aplikasi Google Photos dalam menyimpan semua gambar program untuk kegunaan akan datang dan memudahkan guru subjek untuk mengakses gambar-gambar program untuk digunakan didalam laporan.

Dapatkan bahan-bahan pembelajaran di laman web rasmi Sistem Guru Online dan muat turun bahan seperti: