Fail Meja Guru Mata Pelajaran

Fail Meja Guru Mata Pelajaran

Fail Meja Guru Mata Pelajaran adalah salah satu cabang daripada fungsi Fail Meja. Fungsi fail meja adalah bagi membantu serta memberi panduan kepada para guru serta penjawat awam yang baru berkhidmat dalam jawatan yang disandang.

Guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran serta mengekalkan kualiti prestasi mata pelajaran pada setiap pelajar. Selain itu, guru mata pelajaran perlu memastikan target mata pelajaran bagi setiap peperiksaan tercapai dan guru mata pelajaran haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar bagi melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dalam aspek pelajaran serta sahsiah.

Guru mata pelajaran perlulah sentiasa mengikuti perkembangan serta pembaharuan mengenai teknik mengajar yang dapat meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu mata pelajaran. Guru juga boleh menggunakan teknologi sebagai bahan mengajar kerana teknologi telah menjadi perkara asas dalam kehidupan dan telah digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuklah para pelajar sendiri.

Bagi kelas-kelas yang diajar, guru mata pelajaran boleh membina satu sudut mata pelajaran untuk menyediakan bahan-bahan pelajaran seperti model buah pinggang bagi subjek Biologi, formula-formula Matematik untuk subjek Matematik dan koleksi peribahasa bagi mewakili subjek Bahasa Melayu. Sudut mata pelajaran perlulah dikemaskini pada setiap minggu atau bulan bagi memudahkan pelajar mendapatkan pelbagai informasi penting mengenai sesuatu mata pelajaran setiap masa.

Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran

Setiap jawatan mempunyai tugas yang berlainan meskipun berjawatan guru. Berikut adalah senarai tugas yang dijalankan oleh Guru Mata Pelajaran:

  1. Menyerahkan Buku Rekod Mengajar kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
  2. Memahami serta boleh menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
  3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling serta arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran. Menentukan dan menetapkan matlamat yang perlu dicapai pada akhir penggal bagi setiap tingkatan dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
  4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang lengkap untuk tempoh setahun dan menjalankan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang telah disediakan.
  5. Memberikan latihan yang mencukupi serta memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula pada masa yang ditetapkan.
  6. Menjalankan ujian dan penilaian kepada pelajar dan rekodkan soalan-soalan seta keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
  7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan dan bimbingan.
  8. Menghadiri taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta menyampaikan maklumat kepada guru yang mengajar mata pelajaran yang sama.
  9. Membantu dalam menguruskan Bank Soalan.
  10. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan soalan-soalan peperiksaan.

Dapatkan “Fail Meja Guru Mata Pelajaran” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

 

Kandungan Fail Meja Guru Mata Pelajaran

Fail Meja adalah satu alat yang diperlukan oleh setiap guru dan setiap fail meja mempunyai berlainan kandungan serta fungsinya. Berikut adalah kandungan yang terdapat didalam fail meja Guru Mata Pelajaran:

  • Objektif Guru Mata Pelajaran
  • Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran
  • Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan Pegawai dengan Pegawai yang lain
  • Aktiviti Setiap Fungsi Utama Guru Mata Pelajaran

Sebelum ini, kami ada kongsikan mengenai isu-isu pendidikan yang terkini di laman Sistem Guru Online