Cadangan Aktiviti Tahunan dan Buku Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Cadangan Aktiviti Tahunan Kelab Pusat Sumber Sekolah

Cadangan Aktiviti Tahunan Kelab Pusat Sumber Sekolah ini akan membantu ahli jawatankuasa Pusat Sumber untuk merangka aktiviti kelab mereka.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan tempat yang menyediakan kemudahan untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Di pusat sumber, bahan-bahan ini disusun secara sistematik untuk memudahkan proses pencarian dilakukan. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Dasar Pusat Sumber Sekolah

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:

  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Pusat Sumber Sekolah;

  • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.
  • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
  • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Dapatkan “Contoh Aktiviti dan Buku Pengurusan Pusat Sumber” di sini


Kami ingin kongsikan aktiviti dan buku pengurusan pusat sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru diluar sana.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘DOC’

Download :

 

Baca juga tentang Pusat Sumber idaman.

Fungsi Pusat Sumber Sekolah;

  • Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
  • Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
  • Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
  • Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.

Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

Perkhidmatan Kesedaran Semasa; 

PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.

Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :

  1. Laman web sekolah / PSS.
  2. Keratan akhbar.
  3. Muka surat kandungan majalah.
  4. Bibliografi beranotasi.
  5. Senarai bahan terkini.
  6. Abstrak dan indeks bahan terpilih.
  7. Pangkalan data bibliografi sumber PSS.
  8. Pameran buku baru.

Perkhidmatan Pendidikan Pengguna;

Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.

Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang;

Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :

  • Bilik tayangan.
  • Pusat akses kendiri.
  • Sudut bercerita.
  • Sudut perbincangan.
  • Bilik rakaman.

NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) juga boleh dimasukkan sebagai salah satu Cadangan Aktiviti Tahunan Kelab Pusat Sumber Sekolah.