Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021, buku ini adalah panduan kepada guru mengenai pengurusan murid di sekolah. Ia merangkumi segala prosedur atau peraturan dan bidang tugas untuk menguruskan murid-murid di sekolah.

Hal Ehwal Murid

Di dalam sistem pendidikan, terdapat pelbagai jabatan, bahagian atau unit termasuklah sekolah, kolej, universiti dan pusat pengajian lain. Salah satu jabatan ialah Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau juga dikenali sebagai Hal Ehwal Murid (HEM). Lazimnya, bidang tugas Hal Ehwal Murid adalah perkara-perkara berkaitan dengan murid seperti kebajikan murid, disiplin murid dan sebagainya.

Antara Bidang tugas Hal Ehwal Murid (HEM)

  • Mengawal disiplin murid
    • Memberi hukuman kepada murid yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng kelas, buli, merokok dan salah laku lain yang dilarang oleh pihak sekolah.
  • Mengetuai badan pengawas
  • Pendaftaran dan pengambilan murid
  • Menguruskan skim bantuan buku teks
  • Memberikan bimbingan kaunseling atau nasihat sekiranya murid menghadapi masalah
  • Melaksanakan program bina insan, program bersepadu, dakwah dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan melibatkan Kokurikulum, aktiviti persatuan, kelab dan sukan di sekolah.
  • Mengendalikan aktiviti di luar sekolah seperti lawatan sambil belajar, kem kepimpinan dan lain lagi.
  • Menguruskan kebajikan murid dari segi bantuan kewangan seperti pinjaman dan biasiswa murid.

Dapatkan “Buku Pengurusan HEM 2021” di sini


Di sini kami kongsikan Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan 2021. Anda semua boleh download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

 

Kandungan Buku Pengurusan HEM

Seperti kita sedia maklum, buku pengurusan Hal Ehwal Murid ini mengandungi segala peraturan dan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan murid di institusi pendidikan.

Antara perkara yang terkandung di dalam Buku Pengurusan ini seperti berikut:-

  • Menyediakan rancangan atau tentatif tahunan bagi program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di sekolah.
  • Memantau kebajikan atau keperluan warga sekolah dari segi khidmat kaunseling atau bimbingan melalui kaedah soal selidik, interaksi secara bersemuka dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
  • Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti atau program bimbingan seperti Bina Insan, Jati Diri yang merangsang perkembangan modal insan dalam diri murid.
  • Memberikan khidmat kaunseling dan nasihat perseorangan secara profesional.
  • Merancang atau mengelola program dan aktiviti untuk pelajar selepas peperiksaan.
  • Menjalankan program berkaitan akademik yang dapat mendedahkan para pelajar mengenai peluang pendidikan yang disediakan selepas peperiksaan UPSR.
  • Menyelia kempen-kempen kesedaran di sekolah seperti Kempen Denggi, Kebakaran, Anti Dadah dan sebagainya dimana dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran dalam diri pelajar.

Perkongsian Bermanfaat

Diharapkan perkongsian Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021 ini dapat membantu guru-guru dalam menguruskan hal berkaitan dengan pengurusan murid di sekolah mahupun institusi pendidikan yang lain. Selain itu, diharap pihak terlibat dapat menyediakan pelbagai lagi program-program menarik yang boleh dilaksanakan di sekolah yang memberikan manfaat kepada murid. Semoga para guru dapat menggunakan bahan dalam perkongsian ini dengan sebaiknya.

Kami juga ada kongsikan berkenaan Tugas Kerja dan Fail Meja Guru Besar , Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021, Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) ataupun isu semasa berkaitan dengan cuti penggal persekolahan dimana MIMBAR Cadangkan KPM Mansuhkan Cuti Penggal Persekolahan.

Banyak lagi perkara yang anda boleh perolehi, terdapat juga perkongsian lain merangkumi pelbagai perkara antaranya isu semasa, jawatan kosong, dan lain-lain yang terkini boleh didapati dengan melayari laman sesawang kami iaitu Sistem Guru Online.