Buku Panduan Kerja Guru dan Kakitangan Sekolah 2021

Buku Panduan Kerja Guru dan Kakitangan Sekolah 2021

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah  ini disediakan khususnya untuk warga sekolah terdiri daripada guru dan staf bagi kegunaan persekolahan tahun 2021 ini.

Buku Panduan Guru dan Kakitangan

Tujuan utama Buku Panduan Tugas Guru dan Staf ini digubal adalah sebagai panduan dan tindakan kepada guru dan kakitangan sekolah. Bagi memastikan sistem persekolahan dapat dijalankan dengan lancar, beberapa prosedur atau peraturan berkaitan dalam bidang pentadbiran dan pengajaran telah ditetapkan. Terdapat juga beberapa Garis Panduan Tugas Guru terkandung di dalam Buku Panduan ini.

Semua pihak perlu memberikan kerjasama dan perhatian sepenuhnya agar sistem persekolahan dapat dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik.

Dapatkan “Buku Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2021” di sini


Di sini kami ingin kongsikan Buku Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2021. Anda boleh memuat turun dokumen dengan menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’

Download : 

MENGAJAR DALAM KELAS

  1. Guru-guru disarankan supaya memantau dari murid ke murid ketika mengajar di dalam kelas.
  2. Memanfaatkan waktu mengajar sepenuhnya dengan menyampaikan isi atau topik pelajaran dan membantu murid dalam proses pembelajaran.
  3. Elakkan memeriksa atau menanda buku latihan murid ketika berada di dalam bilik darjah dan mengajar melainkan ingin memberikan bimbingan secara individu.
  4. Memastikan keadaan kelas sentiasa terkawal, murid tidak membuat bising, sentiasa memberi contoh yang baik dan mendorong murid supaya menjadi individu yang berdisiplin dan berilmu.
  5. Latihan bertulis dan lembaran kerja mestilah diberi kepada murid untuk setiap matapelajaran masing-masing dalam satu-satu minggu . Kebiasaanya Ketua Panitia akan menentukan jumlah latihan bertulis, ujian atau lembaran kerja untuk diberikan kepada murid.
  6. Lembaran kerja murid yang telah siap hendaklah disemak dan ditanda dengan CEPAT dan buku nota murid juga perlu disemak dan ditanda . Guru mestilah menandatangani dan menulis tarikh di dalam buku latihan murid selepas setiap kerja semakan atau pemeriksaan telah dilakukan.
  7. Sekiranya guru yang menggantikan tugas/kelas ganti (relief), guru perlu mengajar matapelajaran yang diajar oleh guru diganti atau boleh mengajar mana-mana topik yang dapat memberikan manfaat kepada pelajar . Guru TIDAK disarankan untuk duduk sahaja di meja guru di dalam kelas.
  8. Jangan sesekali membenarkan pelajar keluar meninggalkan kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa alasan yang KUKUH. Sekiranya guru ini memberikan murid-murid kebenaran keluar kelas MESTILAH memberi mereka KAD PAS KELUAR KELAS sebagai bukti pelajar mendapat kebenaran dari guru untuk meninggalkan kelas.
  9. Setiap orang guru mestilah mengambil kehadiran atau memastikan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.
  10. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik serta memberikan keseronokan dan berkesan kepada pelajar. Sebelum proses P&P bermula, guru hendaklah melakukan persediaan awal yang lengkap dalam menghasilakn segala Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian agar strategi P & P yang dilaksanakan memberi kesan terhadap pelajar.

Tugas Guru

  • Tugas yang diberikan kepada guru adalah merangkumi dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Guru hendaklah dilaksanakan tugas-tugas berkenaan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
  • Guru juga hendaklah sentiasa bersedia dan mematuhi segala arahan untuk melaksanakan kerja luar seperti menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)  atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau sekolah lain. Sekiranya guru ingin menggantikan tugas tersebut kepada guru lain, ianya harus dimaklumkan kepada Guru Besar.

Perkongsian Bersama

Akhir kata, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Buku Panduan Tugas Guru dan Kakitangan Sekolah 2021 dapat memberikan informasi terkini kepada anda semua tentang isu pendidikan. Semoga segala urusan para guru di dalam dunia pendidikan ini berjalan lancar dah dirahmati.

Sebelum ini, kami ada kongsikan mengenai Skop Kerja serta Fail Meja Guru Prasekolah 2021 dan Tugas Kerja dan Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media. Teruskan menyokong kami untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini berkaitan isu pendidikan, kerja kosong dan info semasa kerajaan.