Bantuan Didik ANIS 2021 Kini Dibuka

 

Bantuan Didik ANIS 2021 Kini Dibuka

Bantuan Didik ANIS 2021 Kini Dibuka permohonannya bermula 22 Mac sehingga 30 April 2021. Seperti mana yang semua sedia maklum Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) ini telahpun dilaksanakan bermula semenjak tahun 2017. Kerajaan Negeri  menawarkan bantuan kewangan secara one-off untuk mana-mana institusi pendidikan anak istimewa yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat / Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Selangor.

Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja. Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara one-off kepada pemohon.

Bantuan ini dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), inisiatif ini menyediakan peluang kepada institusi pendidikan anak istimewa agar dapat menaik taraf keperluan pusat tersebut serta melaksanakan program dengan lebih berkesan dan sistematik.

Objektif Bantuan Didik ANIS

Pemberian bantuan ini adalah berdasarkan beberapa objektif utama, iaitu:

  1. Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor.
  2. Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaik taraf keperluan di pusat tersebut
  3. Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima Early Intervention Programme (EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.

Syarat dan Kelayakan Bantuan Didik ANIS

Terdapat kriteria syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan ini, antaranya ialah:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Dokumen yang Diperlukan

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan semasa anda mengemukakan sebarang permohonan, iaitu:

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di laman sesawang)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan / sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Salinan sijil pendaftaran dengan JKM dan KPM
  4. Senarai nama dan sijil pelatih Institusi / Badan Kebajikan.
  5. Senarai nama kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan / kurang upaya / permasalahan.
  6. Salinan penyata bank terkini.

Cara Permohonan

Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon bantuan ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
    www.anisselangor.com/didikanis
  2. Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di laman sesawang dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar di alamat emel seperti berikut:
    jabatananis@yawas.my

Cara Pembayaran Bantuan

Berikut merupakan proses pembayaran bantuan ini disalurkan kepada pemohon,

  1. Permohonan secara dalam talian di laman sesawang seperti yang telah dinyatakan di atas.
  2. Hantar dokumen sokongan yang telah lengkap.
  3. Proses kelayakan.
  4. Lulus.
  5. Pembayaran terus ke akaun agensi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan bantuan ini, boleh diajukan menerusi:

  • Alamat: Jabatan Anak Istimewa Selangor, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), East Entrance, Lot G26-28, Tingkat G Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.
  • Hotline ANIS: 013-9508573
  • Hotline YAWAS: 03-54818800

Semoga perkongsian Bantuan Didik ANIS 2021 Kini Dibuka ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi dan manfaat khusunya kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor. Anda juga digalakkan untuk menghebahkan perkongsian ini kepada mana-mana institusi yang layak memohon.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 10&11 ataupun Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 12&13.