Latihan Tahun 1: Bahasa Melayu Tema 2 Unit 6 Muka Surat 1

Latihan BM TAHUN 1 TEMA 2, UNIT 6 halaman 1

Latihan Tema Masyarakat Muhibbah

Latihan yang disediakan adalah mengikut tema 2 dimana tema ini adalah berkaitan dengan masyarakat di sekeliling murid-murid tahun 1. Latihan ini juga adalah berfokuskan kepada penggunaan penjodoh bilangan bagi membantu murid-murid tahun 1 di dalam penggunaan kata seperti sebuah, setandan dan lain-lain.

Penggunaan penjodoh bilangan adalah penting bagi menggambarkan sesuatu objek. Contohnya, sehelai menunjukkan satu helai kepingan kertas dan tidak boleh ditujukan kepada objek seperti buku yang mempunyai bilangan helaian yang banyak.

Latihan ini akan dapat membantu para pelajar untuk menggunakan penjodoh bilangan berdasarkan jumlah objek yang ditujukan. Di dalam Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 ini juga, kami menggunakan arahan yang mudah untuk difahami oleh murid-murid tanpa untuk guru-guru huraikan secara lebih terperinci.

Dapatkan “Latihan Bahasa Melayu Tema 2 Unit 6” di sini


Latihan ini mempunyai satu halaman muka surat bagi tema 6 bagi memudahkan para guru untuk mencetak latihan ini mengikut proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang dilakukan.

Muat turun latihan ini melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Sebelum ini, kami juga ada menyediakan latihan tambahan berkenaan dengan pelbagai subjek. Antaranya ialah:

Di mana latihan ini dipecahkan kepada beberapa helaian muka surat bagi memudahkan guru-guru untuk mencetak latihan dan mengedarkannya kepada murid-murid. Selain itu, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan latihan Bahasa Melayu Tahun 1 berkenaan dengan huruf vokal dan konsonan. Latihan ini adalah bagi membantu murid tahun 1 untuk mengenali huruf vokal dan konsonan dengan mudah.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan juga ibu bapa untuk menggunakan latihan ini sebagai latihan tambahan semasa musim cuti persekolahan.

Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga berperanan penting dalam mendidik anak-anak dalam menguasai Bahasa Melayu kerana bahasa ini merupakan bahasa rasmi negara. Bahasa ini juga tidak sama dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Jika anak-anak tidak dididik daripada kecil, mereka akan melupakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan terus dengan penggunaan ‘bahasa pasar’.

Untuk mendapatkan informasi terkini dan berkenaan dengan bahan-bahan pendidikan yang lain, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.