Bahan Pendidikan Tahun 1 Subjek Matematik

latihan tambahan Matematik Tahun 1

Bahan Pendidikan Tahun 1 Subjek Matematik yang disediakan ini adalah berkenaan dengan bahan latihan atau buku modul. Modul latihan ini dikhaskan kepada murid-murid tahap 1 bagi subjek Matematik.

Di dalam perkongsian ini, kami memberikan beberapa halaman latihan tentang Tema 1, iaitu Nombor dan Operasi. Di dalam modul ini, kami memberikan panduan jelas untuk murid memahami arahan yang perlu dilakukan semasa menyiapkan tugasan yang diberikan.

Subjek Matematik adalah antara subjek yang sukar bagi kanak-kanak tahun 1 kerana bagi mereka, subjek ini memberikan kesukaran kerana melibatkan pelbagai jenis nombor.

Bagi mengatasi masalah ini, elemen-elemen yang digunakan juga bersesuaian dengan faktor umur murid serta penggunaan pelbagai bentuk. Hal ini dapat menarik minat murid untuk menggunakan bahan ini.

Bagi menarik minat kanak-kanak bagi melaksanakan Latihan Subjek Matematik Tahun 1 ini, operasi yang mudah serta arahan yang jelas turut digunakan.

Dapatkan “Latihan Subjek Matematik Tahun 1” di sini


Sila muat turun bahan ini untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru-guru tahun 1.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN MATEMATIK TAHUN 1 -page1,2

Semoga dengan perkongsian ini, dapat memudahkan para guru dalam menyediakan latihan Matematik tambahan untuk para pelajar khususnya pelajar Tahun 1.

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan Buku Pengurusan Pengawas Sekolah untuk memberikan contoh dan panduan untuk guru-guru menghasilkan buku pengurusan sendiri.