Bahan Pendidikan Tahun 1: Latihan Tambahan Subjek Bahasa Inggeris

Latihan Tambahan Bahasa Inggeris Tahun 1

Latihan Subjek Bahasa InggerisTahun 1

Bahan ini disediakan khas untuk tahun satu bagi memperkasakan kemahiran Bahasa Inggeris mereka.

Arahan di dalam latihan ini adalah jelas bagi membantu kanak-kanak tahun 1 ini memahami kehendak soalan. Di samping itu, soalan-soalan yang digunakan juga mampu menambahkan kemahiran kepada kanak-kanak untuk mendalami subjek ini.

Latihan Tambahan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris ini juga sesuai bagi ibu bapa untuk mencetak latihan bagi kegunaan kanak-kanak melakukan bahan pendidikan ini di rumah. Bahan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai latihan tambahan di rumah.

Dapatkan “Latihan Tambahan Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1” di sini


Di sini kami ingin berkongsi tentang bahan latihan tambahan untuk kegunaan orang ramai. Bahan ini boleh juga digunakan oleh guru-guru ganti, untuk mengisi masa PdP yang diganti dengan sebaiknya.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : LATIHAN TAMBAHAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1

Bahasa Inggeris umum diketahui sebagai bahasa kedua oleh rakyat Malaysia. Jika kita melatih kanak-kanak untuk menguasai bahasa kedua ini, mereka dapat menanamkan bahasa ini dalam diri dengan lebih mudah bak kata pepatah, “Meluntur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Peribahasa di atas sesuai untuk meyakinkan para guru dan ibu bapa untuk menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan anak-anak mereka yang masih kecil. Pelbagai manfaat dan peluang juga akan terbuka jika ibu bapa dan guru bersama-sama memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak tahun 1 khususnya.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan Latihan Tambahan untuk mata pelajaran Matematik Tahun 1, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para guru dan ibu bapa.

Sila layari laman web rasmi, Sistem Guru Online bagi mendapatkan pelbagai lagi informasi terbaru berkenaan dengan pendidikan, info semasa dan juga bantuan-bantuan yang disediakan kepada rakyat daripada kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.