Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 6-7

Latihan Prasekolah: Pagar sesat ms 6&7

Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 6-7. Latihan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memudahkan guru-guru prasekolah untuk membekalkan aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak.

Latihan ini adalah sebagai Latihan Tambahan Prasekolah yang boleh digunakan oleh para guru ataupun ibu bapa sebagai latihan semasa cuti sekolah.

Kanak-kanak prasekolah memerlukan pelbagai kaedah pembelajaran kerana lumrah kanak-kanak adalah bermain dan bukan hanya fokus kepada pelajaran. Hal ini menjadi tanggungjawab seorang guru prasekolah untuk mencari kaedah yang sesuai bagi mendidik kanak-kanak ini.

Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh para guru ialah seperti teknik bermain, teknik simulasi dan sebagainya. Permainan adalah salah satu cara yang paling digemari oleh kanak-kanak jika ianya diimplikasikan ke dalam pembelajaran. Latihan aktiviti pagar sesat ini, adalah salah satu cara atau kaedah yang dapat membantu para guru bagi mengimplikasikan permainan dalam proses pengajaran dan pembelajara (PdP).

Dapatkan “Latihan Prasekolah: Aktiviti Pagar Sesat Muka Surat 6-7” di sini


Di dalam pautan di bawah, kami menyediakan latihan bagi murid prasekolah berkenaan dengan aktiviti pagar sesat yang bertujuan untuk mencari jalan keluar dan memperkenalkan alatan tulis di akhir permainan tersebut. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para guru dalam proses pengajaran khususnya bagi murid prasekolah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini

Selain daripada pautan di dalam perkongsian ini, kami juga ada menyediakan latihan-latihan seperti ini di dalam perkongsian sebelum ini. Antaranya ialah:

Selain daripada latihan bagi murid prasekolah, kami juga pernah berkongsi berkenaan dengan latihan tambahan bagi murid tahun 1 seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini dan bahan-bahan pendidikan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Diharapkan agar perkongsian berkenaan dengan Aktiviti Pagar Sesat bagi latihan murid prasekolah ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru khususnya dalam mendidik murid-murid.