PERCUMA 10000 Tiket Belajar Online Untuk Calon SPM

Seperti yang kita sudah maklum, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah tertunda beberapa kali dari tahun lalu akibat pandemik Covid-19. Pastinya para calon SPM gembira dengan berita baik tentang percuma 10000 tiket belajar online untuk calon SPM.

Apa yang pasti, semangat para calon peperiksaan SPM kian tidak menentu. Tambahan lagi ada juga pihak yang meminta peperiksaan SPM ini dibatalkan. Selepas beberapa kali ditunda kerana situasi tak terduga pandemik Covid-19 terutamanya peperiksaan SPM, akhirnya ia akan dilangsungkan di seluruh Malaysia bermula 22 Februari ini.

Berikut adalah petikan berita tentang tawaran Percuma 10000 tiket belajar online untuk calon SPM.

PETALING JAYA: Berita gembira buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM (Ptti) menawarkan seminar khas dalam talian secara percuma selama dua hari.

Seminar yang akan diadakan pada 13 dan 14 Februari depan sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu, terhad kepada 10,000 calon SPM bagi membantu mereka menyediakan persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan.

Di sebalik rungutan mengenai masalah kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dihadapi golongan pelajar, Ptti yakin pelaksanaan seminar itu memberi suntikan semangat kepada golongan pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Ptti, Siti Farhana Abu Osman, 33, berharap, usaha itu dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan tinggi terhadap pelaksanaan SPM pada tahun ini.

Lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, dia yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil berdasarkan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini hasil bantuan pihaknya.

“Ptti sudah lima tahun membantu calon SPM mencapai keputusan cemerlang. Sejak Mac tahun lalu, kita sudah menganjurkan seminar yang berjaya menghimpunkan seramai 93,000 pelajar tingkatan empat dan calon SPM.

“Saya faham ibu bapa sendiri mula risau apabila anak mereka ketinggalan menerusi kaedah PdPR atas kekangan yang dihadapi. Namun, saya pasti lama-kelamaan cara itu dapat dibiasakan,” katanya dalam kenyataan.

Bagi mendapatkan tiket percuma tersebut, pelajar hanya perlu melayari www.MampuSkorSPM.com atau hubungi 012-808 2284.

Jelas Cikgu Fana, pihaknya berjaya membuktikan keberkesanan perkongsian ilmu dalam talian sejak 2016.

“Kami agresif agak awal kerana bayangkan sejak awal penubuhan hingga hari ini, kami sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh keputusan terbaik.

“Tidak semata-mata secara interaktif dalam media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan secara fizikal juga meraih perhatian ramai pelajar. Namun, apabila berdepan dengan pandemik Covid-19, seminar terpaksa dilakukan secara dalam talian,” ujarnya. – UTUSAN

percuma 10000 tiket belajar online untuk calon spm
Barisan Tenaga Pengajar PTTi

 

Apa itu PTTi?

Pusat Tuisyen Teratak Ilmu merupakan pusat tuisyen terbaik yang bertempat di Bandar Baru Bangi. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan kini mempunyai 20 orang tenaga pengajar. Kami bukan sahaja menerima pelajar dari kawasan Bangi tetapi dari serata tempat. Di sini kami menyediakan kelas tuisyen khas untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Kualiti pengajaran kami dilihat semakin meningkat. Ini dibuktikan melalui peningkatan prestasi pelajar di sekolah masing-masing.

Para pendidik kami terdiri daripada tenaga pengajar yang bukan sahaja berpengalaman luas di dalam subjek masing-masing tetapi juga memiliki minat yang kuat di dalam pendidikan serta mempunyai tahap kasih sayang yang tinggi. Suasana pembelajaran adalah menghiburkan dan tidak membosankan. Sebab itulah ramai pelajar yang berasa gembira belajar di sini dan sering datang kembali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here