Perkara paling merisaukan para wanita adalah sewaktu mengemas beg untuk di bawa bercuti ataupun pulang ke kampung. Kalau boleh semua barang dan baju hendak dibawa agar tiada yang tertinggal. Wanita ini kongsi cara bagaimana beliau ‘packing’ barang keperluan agar semuanya lengkap dan tersusun.

– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop

Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.

– beg toiletries
– beg bersiapBeg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.
Beg bersiap pula dari Mr Diy. Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.







Beg makanan (merah) dan minuman (biru). Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

Supplement wajib
Beg membasuh
Selain tu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Seorang satu beg dan setiap beg ada:
a) 1 tuala mini
b) 1 baju swimming
c) 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
Keadaan susunan beg di hotel.
Luggage di lantai.
Susunan dalam kereta. Beg makanan/minuman di depan dan beg swimming dalam bonet. Habis minimum dah packing ni.
Beginilah teraturnya seorang perempuan untuk ‘packing’ barang pergi travel. Ini bercuti hanya beberapa hari. Jika sebulan mungkin semua barang yang berada dalam rumah di bawanya. Lelaki hargailah jasa seorang isteri yang sentiasa menyempurnakan hidup anda.
Sumber : Susun atur Sioca