Tips Hilangkan Bau Badan

Badan berbau akan mengakibatkan ketidakselesaan orang keliling. Sumber bau badan sebenarnya bukan daripada ketiak sahaja sebaliknya kepala, mulut hingga ke kaki boleh menjadi penyebabnya. Tapi jangan bimbang, masalah bau badan boleh diselesaikan asalkan kita tahu cara yang betul agar kekal wangi sepanjang hari.

Ini antara tips yang boleh dipraktikkan :

 

1. Jangan sekadar mandi ‘kerbau’

Kebersihan tubuh sangat memberi kesan kepada bau badan, jadi pada waktu pagi jangan sekadar mandi ‘kerbau’. Sebaliknya pastikan anda menyental bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, tengkuk, kepala dan kaki.

 

2. Gunakan Daun Sireh

Daun sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping mengandungi zat aktif. Daun sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca daripada kuman atau bakteria.

Caranya ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas. Biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Bila sudah sejuk minum air rendaman. Cuba amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang. Kalau rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambah sedikit gula.

 

3. Sembur minyak wangi pada titik nadi

Menyembur minyak wangi dengan cara yang betul dapat membantu aromanya bertahan lebih lama. Sebaiknya, semburkan minyak wangi anda ke titik nadi pada tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut. Ini kerana apabila suhu badan meningkat, bau akan lebih berbau harum.

 

4. Pastikan kulit kepala bersih

Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Sebaiknya ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.

 

5. Guna deodoran

Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan anda.

 

Semoga bermanfaat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here