Tips Atasi Anak Gemarkan “Gadget”

Masyarakat dunia kini sudah mula menerima baik dengan teknologi yang serba moden seperti telefon pintar, tab, internet dan sebagainya. Tidak kira peringkat umur, boleh dikatakan setiap individu mempunyai gadget yang hebat lagi canggih ini. Namun, Isu anak kecil ketagihan gadget adalah antara yang paling kerap diutarakan. Akibatnya, anak-anak cenderung untuk bermain gadget tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Penat nak nasihat anak-anak zaman sekarang kan? Bila kita larang mereka dari terlampau lama menggunakan gajet, mereka marah kita pula cakap tak ‘up to date’. Sedangkan sangat tidak bagus untuk anak-anak dan diri kita juga untuk terlampau ‘melekat’ dengan gajet kerana takut otak tidak dapat berkembang.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk atasi anak yang gemarkan gadget :

 

 1. Sediakan Jadual Menonton

 

download 1 1

 

Takkan di rumah pun perlu ‘strict’ begini? Macam pejabat pula mahu ada ‘timetable’. Percayalah, jika ada jadual, anak kita akan lebih rasa dirinya diawasi sentiasa. Lebih-lebih lagi jika jadual itu ditampal, terpampang di dinding. Namun, jadi fleksibel dalam keadaan tertentu. Benarkan anak menonton rancangan kegemarannya dalam masa yang ditetapkan.

Kalau main gajet, tetapkan masa berapa lama mereka boleh tengok YouTube. Hadkan masa dengan cubaan 1 jam dahulu.

 

2. Ibu bapa tidak gunakan gadget sebagai ‘Distraction’

 

download

 

‘Distraction’ dan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk anak kecil dan sekolah rendah adalah bermain dan aktiviti hands-on. Luangkan masa dan carilah kaedah kreatif. Jika kita tidak pernah sediakan aktiviti alternatif selain gadget, bagaimana anak hendak tahu aktiviti lain? Gadget jugalah yang dicarinya untuk mengisi masa mereka. Jika tidak dapat,mereka akan melalak kerana bosan.

 

3. Tutup TV dan sorokkan gadget

 

iStock 000010542680XSmall

 

Pada hari persekolahan, ketika mereka sedang membuat kerja rumah, tutup sahaja TV. Bunyi bising atau ‘noise’ dari TV akan mengganggu tumpuan mereka. Jika adik mereka yang kecil berkeras mahu tonton juga rancangan kartun kegemaran, pujuk agar perlahankan sedikit ‘volume’. Takut abang dan kakaknya ‘join’ sekaki pula. Letak gajet tinggi-tinggi sampai anak tidak boleh ambil. Biar sahaja dia nampak, tetapi tidak boleh capai.

 

4. Memberi hadiah

 

89961 istock 871610664

Bagi mengatasi anak yang sering bermain dengan gadget, ibu bapa boleh memulakan sistem memberi ganjaran. Sebagai contoh, si ibu meminta anak untuk membersihkan kawasan bilik tidur bersama-sama dan akan mendapat ganjaran bermain gadget sesudah itu. Cara ini lebih sesuai dalam mendidik anak untuk berusaha terlebih dahulu untuk mencapai kejayaan.

 

5. Luangkan masa bersama Anak-anak

 

457219b5 b8c5 4702 8b5f dcbbd577f4f4 small

 

Bila kali terakhir anda main ‘chess’ dengan anak? Main Lego? Main Play Doh? Atau paling mudah, main ‘kuda-kuda’ dengan anak? Nampak, ramai ibu-bapa zaman sekarang mengabaikan anak tanpa sedar. Mereka mahukan perhatian kerana sudah seharian berada di rumah penjaga atau ‘nursery’. Mereka tidak faham erti kata “Mak penat. Ayah penat. Pergi main sana”.

 

Bila tiada orang melayan mereka, sebab itu mereka beralih ke kaca televisyen. Pada hujung minggu, buat aktiviti luar atau dalam rumah bersama mereka.

 

Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangatlah penting dalam didikan anak-anak. Ibu bapa seharusnya peka dan lebih tahu tentang perkembangan anak mereka. Jadi, ibu bapa perlu bekerjasama dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang berguna dan tidak hanya bergantung pada teknologi kini.