Ramai kanak-kanak tahun satu yang baru memasukki alam persekolahan masih tidak pandai membaca. Ini membuatkan ibu bapa risau mahu hantar anak ke sekolah. Ibu bapa tidak boleh hanya mengharap guru yang mengajar anak mereka. Sebaliknya Ibu bapa sendiri perlu mula mengajar anak membaca di rumah sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk anak anda mudah membaca.
Jangan ajar menggunakan huruf besar
Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC itu anda guna abc. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecil, sebab kebanyakan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu kemudian baru ajar anak huruf besar.
Ajar 5-7 minit sahaja
Ajar anak 5-7 minit sahaja. Selepas itu, rehat sekejap kemudian kalau nak sambung selepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stres dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar. Bila ajar dalam 5-7 minit memang nampak anak happy je nak belajar.
Jangan marah-marah anak
Jangan gunakan kekasaran ketika ajar anak seperti marah-marah anak. Perbuatan ini akan menambahkan tahap stres anak. Bukan anak je stres, mama pun sama stres nanti bila ajar anak. Kawal tahap kemarahan. Sentiasa cool je. Bila anak tak faham dan tak ingat, kita kena relaks dan betulkan dan beritahu si anak itu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. Insya-Allah anak akan happy nak belajar. Percayalah.
Kreatif dengan anak
Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata ‘Na’. Na Na Na Na sambil menyanyi.
Kaitkan bunyi dengan keadaan sekeliling
Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh ‘Su’ tu kita kaitkan dengan ‘botol susu’. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita.
Puji Anak Bila Dia Faham
Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Anak kita paling suka kita puji dia. Kalau kita tepuk tangan, anak pun tepuk tangan sekali.
Sentiasa tanya anak-anak
Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak: ‘Itu huruf apa? Cuba eja dan baca? Ingat tak? Jadi kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak.
Beri hadiah
Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Contohnya, hadiah permainan, tengok wayang, ais krim dan apa sajalah yang anak suka. Kita boleh cakap kat anak, kalau rajin lagi belajar, nanti mama belanja lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya. Memang nampaklah anak lebih bersemangat.
Terangkan Tujuan
Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu luangkan masa bersama-sama anak untuk membaca sebelum masuk ke alam persekolahan kerana tidak boleh mengharap guru sahaja yang mengajar. Guru perlu mengajar ramai murid-murid yang lain. Pembelajaran yang pertama bermula dari rumah.
Sumber: Nurul Jamian