BEEP atau Program Peningkatan Bumiputera diwujudkan khusus untuk membantu membangunkan Perniagaan Kecil dan Sederhana Bumiputera yang :
- Berdaya saing
- Berdaya tahan
- Dinamik
Program ini bakal menyalurkan bantuan secara bersepadu melalui bimbingan :
- Memperkukuhkan teras perniagaan PKS
- Membina kapasiti dan keupayaan
- Meningkatkan produktiviti
- Memudahkan akses kepada pembiayaan
Kriteria Kelayakan Untuk Memohon :
- Perakuan status PKS (Klik sini untuk daftar/semakan) https://smereg.smecorp.gov.my/reg/
- 60% ekuiti syarikat milikan Bumiputera;
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
- Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
- Menjalani penilaian SCORE / M-CORE.
Pakej Bantuan Yang Diberikan :
- Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
- Peningkatan Pembungkusan Produk;
- Pembangunan dan Inovasi Produk;
- Produktiviti dan Automasi;
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi; dan
- Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.
Bagaimana untuk Memohon
Untuk Permohonan, sila rujuk kepada Senarai Semak & Borang Permohonan https://smecorp.gov.my/images/pdf/2020/BEEP01_Latest_checklist.pdf
Permohonan boleh dihantar di semua Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia mengikut lokasi perniagaan syarikat PKS