Senarai Keperluan Sekolah Anak-Anak

msian parents can start enrolling their kids in standard 1 for 2019 starting march world of buzz 4

Kelengkapan alatan sekolah amat penting sebagai tanda galakan anak-anak ke sekolah. Ada kajian mengatakan, jika memakai pakaian atau memiliki barang baru boleh menaikkan tahap keyakinan dan menceriakan mood seseorang. Ibubapa yang mana tidak mahu anak mereka kelihatan kemas, cantik malah kacak bergaya ketika menuntut ilmu.

Sama seperti tahun-tahun yang lepas, pasti ada di antara anda membeli kelengkapan sekolah anak-anak disaat-saat akhir! Sudahlah last minute, nanti pasti ada barang yang terlupa untuk dibeli. Kesian pada anak-anak anda, hari pertama sekolah sudah ada yang buat spoil mood.

Di sini kami sertakan ‘checklist’ untuk ibu ayah print atau edit ikut kesesuaian.

Bolehlah bawa senarai ni dan tandakan mana yang dah beli. Boleh juga isikan harga dan jumlahkan sebagai rujukan untuk perbelanjaan bajet bulanan / tahunan.

Bagi tahun 2021 ini, ibu ayah jangan lupa sertakan kelengkapan khas bagi menyediakan hand sanitizer, face mask, dan tisu basah / pek tisu individu untuk memudahkan anak-anak menjaga kebersihan di sekolah.

Ini senarai penuh sebagai panduan ibu ayah di rumah:

Senarai Barangan Keperluan SekolahTandakan (/)Nota / Harga
PAKAIAN
1.       Baju Uniform Putih
2.       Kain / Seluar (biru gelap)
3.       Stokin
4.       Kasut sekolah
5.       Tudung / Songkok
6.       Anak tudung
7.       Baju sukan / T-shirt putih (PJK)
8.       Seluar sukan
9.       Sapu tangan
10.   Lencana sekolah
11.   Name tag
12.   Tali leher
13.   Singlet / baju dalam
14.   Baju sekolah agama
15.   Kapur kasut (putih) / kiwi kasut (hitam)
 
ALAT TULIS / KELENGKAPAN BELAJAR
1.       Beg sekolah
2.       Pensel 2B
3.       Pemadam
4.       Pembaris
5.       Pengasah pensel
6.       Gam
7.       Gunting
8.       Pensel warna
9.       Bekas pensel
10.   Pembalut buku teks
11.   Pembalut buku latihan
12.   Krayon
13.   Warna air
14.   Kertas lukisan
15.   Berus lukisan
16.   Fail
17.   Botol air
18.   Bekas makanan
19.   Hand sanitizer
20.   Face mask
21.   Face mask extender
22.   Tisu
 
LAIN-LAIN
1.       Buku nota
2.       Pensel mekanikal / ubat pensel
3.       Pen
4.       Set geometri
5.       Kalkulator
6.       Stapler
7.       Puncher
8.       Baju hujan
9.       Topi keledar
10.   Jam tangan
 

 

Untuk mencetak atau print senarai barang keperluan sekolah anak-anak ibu ayah boleh Save file JPEG di bawah ini:

senarai barang keperluan sekolah

Semoga bermanfaat!