Ramai yang masih tidak tahu bahawa kedai yang tersenarai di bawah ini adalah milik muslim. Bagi mereka yang ingin menyokong produk keluaran muslim bolehlah pergi ke kedai yang tersenarai di bawah ini.
Tesco Malaysia
Kepada mereka yang masih meragui hypermarket Tesco Malaysia, ia adalah jenama yang dibeli oleh Sime Darby (GLC) dari Tesco plc UK. Terkini Sime Darby merupakan pemegang hakmilik penuh Tesco Malaysia. Semoga semua dapat mendapat maklumat mengenai perkara ini. Produk jenama Tesco Malaysia juga produk yang berkualiti.
Mydin
MYDIN telah diasaskan pada Ogos 1957 oleh Pengasas Allahyarham Tuan Mydin Mohamed di Kota Bharu, Kelantan.Beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai papan kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual barangan mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri. Dengan bantuan anak-anak beliau, perniagaannya mula berkembang ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuka cawangan mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitif dan Halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.
Pada Julai 2013, MYDIN menceburi peruncitan premium dengan pembukaan outlet SAM’S Groceria yang membawa makna Saya Anak Malaysia di Pulau Pinang.
Menjelang September 2020, kini MYDIN mempunyai 68 cawangan di seluruh negara termasuk 26 Pasar Raya Besar MYDIN, 17 MYDIN Emporium, 3 MYDIN Bazaar, 4 francais MYDIN Mart, 8 kedai serbaneka yang beroperasi sebagai MyMart dan 8 supermarket MYDIN serta 2 kedai premium dikenali sebagai SAM Groceria.
Pasaraya Borong SAKAN
RAMLY halal Mart
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni merupakan pemilik Ramly halal mart yang sememangnya terkenal di Malaysia. Ramly burger merupakan satu jenama yang amat terkenal di Malaysia. Kalau kita di Malaysia menyebut sahaja daging burger, pastinya ada satu jenama yang sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia iaitu ‘Ramly Burger’.
Boleh juga dikatakan setiap lapisan masyarakat negara ini tanpa mengira pangkat dan status mengenali jenama produk daging proses pertama yang diusahakan oleh bumiputera ini. Kini Ramly juga mempunyai kedai menjual barangan Ramly tersendiri dan terdapat banyak cawangannya di Malaysia.
ELEWSMART
Milik Sepenuhnya oleh Ustaz Ebit lew. Matlamat dan misinya adalah menjadi syarikat peruncitan utama di Malaysia yang menyediakan keperluan dengan harga yang murah. Ia juga ingin menjadi hub bantuan dengan menyediakan ‘Food Bank’ di setiap cawangan ElewsMart. Sehingga kini ElewsMart telah mempunyai 20 cawangan dan beberapa cawangan yang bakal dibuka kelak.