
Sudah menjadi ‘trend’ terkini anak-anak suka menonton cerita melalui youtube, Netflix, Tiktok,IG dan lain-lain media sosial yang berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang memberi teladan yang baik dan ada memberikan contoh yang buruk untuk perkembangan anak-anak. Ibu bapa perlu peka akan apa yang anak-anak tonton, ini kerana otak anak-anak mudah menyerap dan meniru sesuatu perkara dengan sangat mudah. Jangan biarkan minda anak anda dikotori oleh perkara yang tidak baik ini.
Di sini seorang ibu telah berkongsi tentang beberapa ‘Bad Influencer’ yang terdapat di Media sosial kini.
.
Sebagai seorang Ibu, bila saya pantau anak tonton channel2 begini di Kidstube (Youtube, Netflix, Tiktok, IG dan media2 online sewaktu dengannya), saya dapati beberapa influencer kanak-kanak ajar budak-budak perkara yang tidak elok. Antaranya suruh memberontak pada ibu bapa jika tak dengar cakap dorang, suka meminta sesuatu yang mahal, menjeling & “buat muka” utk tunjuk protest, ajar budak hidup dengan kemewahan mintak macam-macam dan tiada adab.
.
Sememangnya, ada perkara baik yang mereka boleh belajar seperti boleh bercakap english dengan lancar, kemahiran menyelesaikan masalah, imiginasi yang tinggi dan kreatif. Cuma bila dicampur dengan perkara negatif dari barat ini yang kita tidak berkenan bila anak kita juga ikut perangai negatif itu.
.
Antara kids channel SAMPAH yang membawa kepada perkara negatif :
Ryan’s Toys Review
Isi Kandungan
Apa yang saya tidak suka apabila mereka ni sekeluarga suka menunjuk contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak dengan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan makanan ringan. Sedihnya banyak sangat episod-episod mereka yang mempromosikan pemakanan yang tidak sihat.
Diana & Roma
Channel ini menunjukkan adab yang tidak sepatutnya seorang kanak-kanak lakukan kepada ibu bapa mereka. Mereka melayan ibu bapa mereka seperti hamba. Mereka gemar protest dengan ibu bapa jika ibu bapa mereka tidak tunaikan hasrat mereka. Diana suka menjeling dan meninggikan suara. Roma pula sering menghentak kaki sebagai protest.
Nastya Show
Channel ini pula, menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berperangai seperti DIVA ataupun berangan seperti tuan puteri. Natasya ini seorang anak tunggal jika tidak silap, dan merupakan jutawan youtuber kids. Beliau sering mempromosikan kehidupan mewah seorang kanak-kanak. Ini yang ramai kanak-kank idamkan. Bapanya pula sering ikut kemahuan anaknya. Ini sangat tidak bagus ditonton oleh kanak-kanak kerana mereka tidak akan kenal apa itu bersyukur dengan apa yang ada.
Tiktok & game review compilation videos.
Yang banyak manusia terlalu extrovert kind of narcissist buat video-video tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Cuba tricks kadang-kadang bahaya kanak-kanak akan cuba juga, suka menggunakan kata-kata kesat dan macam-macam lagi demi meraih tontonan orang ramai.
.
These “spoiledbrat” so called kids (some tiktokers or game reviewers teens jugak) jadi millionaire gara-gara anak-anak kita support channel mereka tengok hari-hari & belajar macam-macam dari mereka. Sebab hiburan kini semuanya di hujung jari, suka atau tidak suka, kita perlu berdepan dengan kenyataan. Banyak syarikat kedai buku, surat khabar terpaksa ditutup. Stesen tv dan radio juga bakal goyang apabila Youtube, Netflix, Spotify & pelbagai hiburan online wujud sekarang. Kuasa kita sebagai ibu bapa hanya mampu filter je mana channels anak boleh tengok mana tidak boleh tengok. Bukan mudah untuk terangkan kepada anak-anak kenapa channel tu tidak bagus ditengok.
Kesimpulannya, Ibu bapa itu sendiri perlu mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak. Banyak lagi channel pengajaran yang mengajarkan tentang ilmu dan adab yang bagus untuk dicontohi, cume channel-channel ini tidak sepopular channel barat. Klik sini untuk tengok educational channel yang bagus di youtube.
Sumber : Diane sera