Home Terkini

Semakan Dan Pemarkahan Kertas Peperiksaan Utama 2021 Akan Dilakukan Dalam Talian

Lembaga Peperiksaan telah membuat keputusan bahawa mulai 2021 proses semakan dan pemarkahan sebahagian kertas ujian peperiksaan utama tidak lagi dibuat secara manual, sebaliknya dilakukan dalam talian.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata pihaknya telah membangunkan sistem teknologi yang terbukti selamat untuk tujuan itu.
Ia sekali gus, dapat memastikan keselamatan guru dan mengelakkan mereka menghadiri mesyuarat secara fizikal ketika pandemik COVID-19 masih menular dalam negara, tambahnya.
Insya-Allah faktor keselamatan semua dah kaji, jadi mereka boleh ‘marking’ dalam talian.
(Kertas peperiksaan) akan ada di ‘Cloud’, bukan di dalam gajet. Jadi, apabila (para guru atau pemeriksa) log off, semua itu berada dalam keadaan selamat
Perkara ini telah uji, di buat ketika pemeriksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 100 peratus secara dalam talian.
Para guru hanya tanda sahaja markah itu, dan ia akan masuk dalam simpanan dan penjumlahan markah dilakukan secara terus. Ia tidak perlu dipindahkan ke dalam sistem sebab ia sudah ada dalam sistem.
Kaedah dalam talian ini juga dapat mengurangkan ralat ketika proses pemarkahan.
Dalam pada itu, tarikh peperiksaan utama yang ditunda akan diadakan selama 17 hari bermula 22 Februari hingga 25 Mac 2021.
Ia melibatkan peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Jaminan diberikan bahawa aspek keselamatan para pelajar ketika menghadiri peperiksaan sentiasa diutamakan. Jadi, garis panduan sudah ada, kalau ia berjalan dengan baik kita ada tempoh yang panjang untuk peperiksaan daripada 22 Februari sehingga 25 Mac (2021).
Pkharuddin berkata, pihaknya juga bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya peperiksaan itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi susulan pandemik COVID-19.
Ujarnya, jika terpaksa ditangguhkan, ia kemungkinan hanya akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas sahaja.
“Kalau ada mungkin sebahagian tidak dapat menduduki peperiksaan itu, dan Insya-Allah kita bersedia mencari kaedah untuk menguruskan yang sebahagian itu. Sebab kita ada beberapa pilihan, ada mata pelajaran itu mempunyai calon 400,000, dan calon 1,000 lebih atau beberapa ribu sahaja”.
Jika, sekiranya keadaan agak tidak memihak kepada kita, kita cuba fikir beberapa pilihan dan kita cuba atasi demi memberikan keadilan. Kalau terpaksa tangguh, mungkin (tidak) sepenuhnya, ada sebahagian dan sebahagian (lagi) kita boleh laksanakan.
Sebelum ini, KPM terpaksa menangguhkan peperiksaan utama termasuk SPM, SVM, STAM yang dijadual semula bermula pada 22 Februari 2021, manakala, peperiksaan STPM pula (8 Mac 2021).
Kesimpulannya, kaedah secara online ini demi memudahkan para guru untuk menyemak kertas peperiksaan pelajar dan demi menjaga kesihatan para guru dari terdedah kepada perjumpaan beramai-ramai untuk mengelakkan dari wabak covid-19. Apa sahaja teknologi memang ade kelebihan dan kekurangan. Jadi belajarlah menerima kekurangannya.
Sumber : Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here