Resepi Sos Tomato Spagheti menggunakan Tomato Segar

Ramai yang gemar makan makanan barat, biasa mesti beli sos yang dalam tin sahaja yang ada dijual di pasaraya. Jika untuk masak dalam kuantiti yang sedikit mungkin berbaloi,jika kuantiti yang banyak memang tinggi kosnya. Jom kita buat sendiri sos spagheti mudah ini, hanya guna tomato segar.

Bahan-bahan

5 biji Tomato

Bawang holand

Bawang putih

Serbuk oregano

Isi ayam

Cara-cara

 

1.Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.

Screenshot 2020 12 21 at 2.41.15 PM

2.Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.

Screenshot 2020 12 21 at 2.41.50 PM

3.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.

Screenshot 2020 12 21 at 2.48.08 PM

4.Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.

Screenshot 2020 12 21 at 2.48.42 PM

5.Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.

Screenshot 2020 12 21 at 2.49.16 PM

6.Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.

Screenshot 2020 12 21 at 2.49.51 PM

7. Jadi, masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.

Screenshot 2020 12 21 at 2.50.24 PM

8.Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yg telah direbus. Kacau sebati.

Screenshot 2020 12 21 at 2.50.55 PM

9.Siap!

Screenshot 2020 12 21 at 2.52.20 PM

 

Selamat mencuba!

 

Sumber: Zurina Zulkefli