Makan nasi tanpa sambal belacan pasti tidak menarik selera penggemar sambal belacan. Lebih-lebih lagi jika kita pergi makan di restoran masakan thai. Sambal belacan kedai Thai ini memang lain. Sejak PKP, kedai Thai banyak yang tutup kerana pintu sempadan ditutup untuk memutuskan rantaian covid-19.
Tetapi anda jangan risau anda boleh buat sendiri sambal belacan Thai ini di rumah dan makan bersama keluarga tercinta. Jom lihat resepi sambal belacan ini.
Bahan-Bahan
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang merah (saiz besar)
1/4 keping kecil nisse / gula melaka
1 labu bawang putih jeruk
2 inci belacan
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Kemudian tambahkan :
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
Secubit dua ajinomoto
Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti terlalu cair)
**Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.
Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
* Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan, tak perlu dibakar.
Selamat mencuba!
Sumber: Afy AL Habibi