Mengenali insan bernama lelaki ini sebenarnya tidak sukar dan rumit seperti tanggapan ramai wanita. Lelaki mungkin tidak kerap melahirkan perasaan sayang secara langsung, namun mereka cuba menyampaikannya melalui tindakan mereka.
Berikut ini adalah rahsia yang dimiliki seorang lelaki :
1. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang
Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.
2. Tanya soalan yang sama
“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.
3. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri
Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.
4. Jarang bergosip
Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi, cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada seseorang yang hendak digosipkan berada berhampiran kamu. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka akan mendiamkan diri atau melupakannya sahaja.
5. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan
6. Mempermainkan cinta
Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?
7. Kalau berani, masuk meminang!
Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.
8. Tidak berterus-terang
Secara genetik, lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut seorang pakar, perempuan boleh mengeluarkan antara enam hingga lapan ribu perkataan sehari. Sementara lelaki rata-rata berkata-berkata antara dua hingga empat ribu patah perkataan sahaja.
Kesimpulannya, banyak lagi rahsia lelaki yang perempuan tidak tahu. Walau apa pun terima pasangan anda seadanya.