Pengeluaran KWSP Dikenakan Zakat?

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

  • Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
    2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
  • Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
    2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP

ZAKAT KWSP BAGI PENGELUARAN I-LESTARI DAN I-SINAR

Perlukah bayar zakat bagi pengeluaran KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar?

Dalam situasi terdesak musim Covid-19 ini, institusi zakat dan Jawatankuasa Syariah KWSP setuju ianya DIKECUALIKAN dari dikenakan zakat. Pengecualian ini adalah dengan alasan pengeluaran dibuat disebabkan mereka tiada sumber pendapatan lain.

Namun jika pengeluaran bukan terdesak seperti i-Lestari RM500 sebulan ketika mereka ada pendapatan lain, maka mereka ini WAJIB dikeluarkan zakat. Walaupun pengeluaran itu di bawah Nisab (RM18,500).

Sumber : Zakat selangor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here