PENARAFAN DAYA SAING PKS UNTUK PENINGKATAN (SCORE)

score

APAKAH SCORE? :

SCORE atau SME COMPETITIVES RATING FOR ENHANCEMENT adalah salah satu alat diagnostic yang digunakan untuk menilai PKS. Alat ini digunakan untuk menilai daya saing dan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan PKS supaya memudahkan mereka untuk menerima bantuan yang bersesuaian.

APAKAH ELEMEN UTAMA PROSES SCORE? :

Terdapat tiga elemen penting dalam SCORE sebelum sebuah PKS dapat dinilai dengan baik. Iaitu :

  • Borang penilaian (berdasarkan penilaian dalam talian atau penyerahan borang)
  • Lawatan tapak/Klinik SCORE (Juruaudit SCORE yang terlatih akan melaksanakan lawatan pengesahan dan temuduga secara bersemuka
  • Langkah terakhir adalah penarafan Bintang SCORE serta diagnosis

MODEL YANG LAYAK UNTUK DINILAI ADALAH :

  1. Perkilangan & Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan
  2. Penyelenggaraan, Pembaikan & Membaik Pulih
  3. Pembinaan
  4. Perkhidmatan Profesional (Perkhidmatan Berkaitan Pembinaan)
  5. Perdagangan Runcit & Pengedaran
  6. Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
  7. M-CORE untuk Syarikat Permulaan

score 2

PROSES PERMOHONAN DAN CARA PERMOHONAN SCORE :

Permohonan SCORE oleh Syarikat Semakan Permohonan Mengatur & Melakukan Lawatan Tapak / Temuduga Semakan Maklumat Keputusan SCORE

Lengkapkan Borang Permohonan Dalam Talian di http://myescore.smecorp.gov.my

atau emel permohonan ke sekretariatscore@smecorp.gov.my