
Membantu meningkatkan metabolisma badan & membantu menurunkan berat badan
Mengurangkan risiko sakit jantung
Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara mengawal kesihatan umum jantung anda. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ia mengurangkan kolesterol jahat dalam badan anda dengan menukarkannya kepada kolesterol baik.
Pertahanan Diri Semulajadi
Salah satu ciri paling menarik dalam Minyak Kelapa Dara adalah ia hampir menyamai apa yang terkandung dalam susu ibu. Allah telah memberkati ibu dengan susu yang memiliki ciri-ciri antimikrob serta nutrisi untuk meningkatkan sistem imun bayi yang baru lahir.
Penemuan menarik ini adalah kerana ia bersifat semulajadi dan kerana kandungan asid laurik yang terdapat dalam susu ibu. Asid lemak yang sama juga terdapat dalam Minyak Kelapa Dara! Para saintis juga telah mendapati bahawa ibu-ibu mengandung yang sering memakan Khasiat Minyak Kelapa Dara bukan sahaja mempunyai asid laurik dalam susu mereka tetapi mereka memiliki susu yang lebih banyak.
Sistem imun yang lemah akan mudah mengalami penyakit resdung. Amalan pengambilan minyak kelapa dara mampu mengatasi Resdung.
Menstabilkan kadar gula dalam darah
Minyak kelapa dara mengawal kadar gula darah di samping memperbaiki rembesan insulin dalam badan dan tidak mengakibatkan lebihan insulin. Apabila sel-sel dalam badan mempunyai rintangan insulin, pankreas anda akan mengepam insulin secara berterusan sehingga mengakibatkan lebihan insulin dalam badan. Keadaan ini boleh jadi berbahaya kerana rintangan insulin merupakan tanda awal bagi kencing manis jenis 2. Kandungan asid lemak sihat dalam minyak kelapa dara membantu mengurangkan kerja pankreas dengan membekalkan sumber tenaga yang tidak bergantung kepada gula darah.
Melembapkan dan melebatkan rambut anda
Daripada menggunakan produk rambut berasaskan bahan kimia untuk melembapkan rambut anda, mengapa tidak mencuba minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara menjadikan rambut lebih lebat dan cantik bersinar.