Cuti sekolah ini tidak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak-anak? apa kata cuba buat playdough ini,guna bahan dapur je. Selamat tiada bahan kimia, dapat juga jimat duit. Hendak beli playdough ini memang mahal harganya. Buat sendri dapat banyak dan boleh buat bersama-sama dengan anak-anak. Selain merapatkan hubungan, anak-anak pun tidaklah bosan dengan aktiviti harian.
Bermain Playdough ini banyak kelebihannya selain meningkatkan kreativi anak-anak. Jom kita lihat resepi playdough ini, jika cukup bahan di rumah tu boleh lah terus buatkan? Resepi ini buatkan playdough ini lembut dan tahan sehingga 3 bulan jika betul cara simpanannya.
Bahan-bahan
1 cawan    tepung gandum
1/4 cawan  garam halus
Sedikit     minyak masak @ minyak zaitun
3-5 titis    pewarna makanan
1/4 cawan  air
Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum dan garam.
2. Campurkan air, minyak dan beberapa titis pewarna makanan.
3. Uli semua bahan sehingga mendapat doh yang lembut dan tak melekit.
4. Ulang langkah tadi untuk warna yang lain pula.
**Beginilah hasilnya. Memang lembut. Kalau dah ada alat-alat untuk tekap, cookie cutter, atau set playdough, boleh dimainkan bersama. Guna perkakas dapur pun boleh. Buat banyak-banyak pun tak ada masalah.
Cara Menyimpan Playdough Agar Tahan Lama Dan Tidak Cepat Kering
Untuk kekalkan tekstur playdough ini tiap kali lepas guna,simpan dalam plastik ‘ziplock’ atau bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian ‘chiller’.
Dengan cara ini, play doh yang dibuat akan kekal lembut, tidak berkulat dan dapat bertahan sehingga 3 bulan lamanya.
Sumber : Yanie Rosdi