Ini Fakta Sebenar Mengenai Isu Kartel Daging Import

Isu kartel daging sejuk beku nampaknya terus menggoncang negara. Satu demi satu pembongkaran kini telah berjaya merungkai betapa besarnya perniagaan kartel daging itu yang telah berleluasa dan berakar umbi di Malaysia. Ternyata angkara perbuatan penguat kuasa korup yang bersekongkol dengan dalang kartel, ia telah mencalarkan nama Malaysia sebagai hub halal di mata dunia.

Dewan Negara telah membahaskan satu usul tergempar dari YB Senator Asmak Husin (PAS) berkenaan isu kartel daging. Kerajaan melalui Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Rosol Wahid telah menjawab isu tersebut.
Rupanya banyak salah faham dan fake news dalam isu ni. Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri tadi, ini rupanya fakta sebenar:
1. Kenapa kerajaan tak nak dedahkan syarikat daging yang terlibat?
Sebenarnya bukan kerajaan tak nak dedahkan. Rupanya syarikat kartel yang kita tangkap ni, dia import daging dari luar TERMASUK daging yang diragui status halal sebab lebih murah, lepastu dia pack balik kat Malaysia, dan cop balik guna jenama lain yang popular dan harganya lebih mahal. So syarikat tu dapat untung banyak. Kiranya ada penipuan dalam kes ni. Syarikat yang jenamanya dicop tu tak bersalah, mereka tidak tahu. Sebab tu kerajaan tak umumkan nama syarikat tu.
2. Betul ke ada daging kuda, kanggaru dan babi?
Tak betul. Selepas serbuan dan rampasan dibuat, kerajaan hantar semua daging yang dirampas ke Jabatan Kimia. Kajian mendapati tiada daging selain lembu (kuda, kanggaru atau babi) pada daging-daging tersebut. Maknanya isunya sekarang sama ada daging tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak sahaja.
3. Macam mana boleh ada logo halal pada daging tersebut?
Semasa serbuan, pihak berkuasa menemui 24 unit cop syarikat pengimport luar yang palsu dan cop halal palsu. Selain tu kita turut menemui 5000 keping sticker logo Halal JAKIM yang dipalsukan dan 2 buah lori yang menggunakan logo Halal JAKIM, dipercayai untuk membekalkan daging yang dah dipek semula oleh mereka. Maknanya memang diorang palsukan cop halal dan cop jenama syarikat pengimport, semata-mata untuk menipu penjual daging.
4. Betul ke syarikat kartel ni dah beroperasi lebih 40 tahun?
Siasatan mendapati syarikat kartel ni mula daftar dan beroperasi pada 2014, dan hanya mendapat permit import daging pada 2017. So tak betul mereka dah beroperasi selama 40 tahun.
**Mereka menggunakan permit import daging untuk jadi pembekal daging kepada pasaran tempatan, dan mereka juga gunakan daging halal yang diimport secara sah untuk dicampur dengan daging haram dalam proses packaging semula
5. Apa tindakan kerajaan kepada syarikat kartel tersebut?
Kerajaan dah rampas semua daging yang terlibat dan membekukan aset syarikat tersebut. Nilai sitaan dianggarkan bernilai hampir RM3 juta, termasuk nilai aset syarikat (RM1 juta), nilai barang rampasan termasuk 2,428 kotak daging beku yang disita (RM738,640), dan nilai 2 buah lori yang disita (RM1.03 juta). Syarikat tersebut juga akan didakwa atas kesalahan memalsukan logo perniagaan dan sijil halal, serta pertuduhan-pertuduhan lain yang akan menyusul selepas ini.
6. Apa usaha kerajaan bagi memastikan perkara ini tak berulang?
Kerajaan melalui KPDNHEP telah menubuhkan Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal, yang mana turut dianggotai JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi penguatkuasaan Halal di Malaysia, termasuk menangani isu cop halal palsu. Kerajaan juga telah bekerjasama dengan semua agensi termasuk Kastam, MAQIS dan Veterinar (DSV) bagi memantau isu penipuan daging ini. Kerajaan turut menyokong penuh penubuhan RCI bagi memastikan kes ini disiasat dengan lebih telus.
7. Jadi boleh beli daging import tak selepas ni?
Boleh, cuma pastikan ada sijil halal dan diiktiraf. Dan baca Bismillah sebelum beli, juga sebelum makan.
Kesimpulannya, Inilah fakta yang disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Harapnya semua jelas dan hentikanlah sebaran berita palsu. Jangan sebarkan fitnah terhadap syarikat yang belum pasti salah. Kaji dahulu sesuatu berita sebelum sebarkan.
Sumber : Nazrul Nazir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here