Hitamkan Semula Rambut Gunakan Barang Dapur

Warna rambut yang semakin pudar juga disebabkan oleh kadar melanin dalam tubuh anda. Setiap orang memiliki dua jenis melanin yang paling umum iaitu eumelanin dan pheomelanin. Jumlah eumelanin yang lebih tinggi menyebabkan seseorang memiliki warna rambut lebih gelap seperti hitam atau coklat tua.

Tahukah anda, pola makanan juga bisa mempengaruhi warna rambut? Pola makan ternyata boleh menyebabkan uban tidak matang. Maka, adalah penting untuk anda mengambil buah-buahan, sayur serta protein yang cukup.

Apakah rambut boleh kembali menjadi hitam? Berikut adalah beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengembalikan warna rambut anda.

 

1. Bijan hitam

Pengambilan sesudu makan bijan hitam untuk tempoh dua ke tiga kali seminggu boleh membawa perubahan.

Antioksidan yang terkandung pada bijan hitam dapat meneutralkan radikal bebas sehingga dapat melewatkan pertumbuhan uban atau membuatkan rambut hitam tumbuh semula.

2. Daun kari

Suatu penelitian telah membuktikan daun kari dapat mencegah kemunculan uban pada usia muda. Cukup sekadar mengambil daun kari setiap hari dengan mencampurkannya dengan perahan limau.

3. Rosemary

Ia mempunyai manfaat untuk melancarkan peredaran darah sehingga dapat menghantar khasiat ke rambut. Masukkan rosemary kering hingga memenuhi sepertiga botol berukuran 230 ml.

Tuang minyak zaitun extra virgin ke botol hingga penuh. Letakkan botol di tempat terkena cahaya matahari selama empat hingga enam minggu. Sesekali goncang botol berkenaan. Selepas tempoh itu, gunakan campuran dalam botol itu sebagai minyak rambut.

4. Lada hitam

Antioksidan pada lada hitam mampu menghalang pertumbuhan uban. Campurkan satu sudu makan lada hitam yang digiling, satu sudu teh air lemon dan setengah cawan yoghurt tawar.

Sapukan campuran itu pada rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam kemudian bilas. Ulangi langkah ini tiga kali seminggu.

5. Daun saderi

Ia sejenis sayuran yang mudah diperolehi. Bukan sahaja dapat membuatkan makanan lebih sedap, malahan saderi ternyata berkhasiat menghitamkan dan mencegah kerontokan rambut.

Kandungan natrium, vitamin A dan B, kalsium dan zat besi membuatkan saderi mampu membuatkan rambut anda lebih berkilau. Gunakan syampu atau tonik rambut yang mengandungi saderi secara rutin dan rasakan khasiatnya.

Semua bahan semula jadi di atas bagaimanapun belum melalui ujian bagi membuktikan keberkesanannya dalam menghitamkan rambut. Perlu diingat, ada ketikanya bahan seumpama ini mempunyai risiko alergi.

Oleh itu, jika anda bimbang berdepan masalah alahan, sebaiknya berjumpa doktor sebalum menggunakannya untuk menghitamkan rambut.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here