Menghafal sifir merupakan cabaran yang mencabar untuk pelajar-pelajar. Kini pelbagai cara mudah yang dikongsi untuk menghafal sifir. Berikut adalah cara membina kotak sifir yang dikongsikan seorang guru untuk membantu para pelajar menghafal sifir dengan lebih berkesan dan tanpa perlu pening kepala.
Menghafal sifir dengan mudah
Sifir 3
Pengiraan sifir tiga bermula dengan nombor 0 dari kotak atas sehingga 2 di kotak bawah kemudian ditambahkan sahaja dengan nombor 1 sehingga 9 secara terbalik dari kotak bawah ke kotak atas.
Sifir 5
Sifir 5 juga dimulakan dengan 0 sehingga nombor 4, setiap kotak diletakkan dua nombor yang sama kemudian hanya tambahkan sahaja secara bergilir nombor 5 dan 0 disebelah setiap nombor 0 sehingga 4 tadi.
Sifir 6
Sifir 5 tadi boleh ditambah dengan nombor 1 sehingga 9 secara kebawah kemudian jumlahkannya untuk mendapatkan sifir 6.
Sifir 7
Sifir 7 pula dimulakan dengan 0 sehingga 6 dan kemudian diisi semula dengan nombor 1 sehingga 9 bermula dari kotak belakang.
Sifir 8
Untuk sifir 8, isikan nombor 0 sehingga 8 dari kotak hadapan kemudian hanya tambahkan sifir dua bermula dari kotak belakang pula.
Sifir 9
Sifir 9 merupakan antara sifir yang sukar untuk diingati pelajar, jadi cara mudah menghafalnya adalah dengan meletakkan 0 sehingga nombor 9 dari atas ke bawah dan kemudian ulang semula nombor sama cuma kali ini dari bawah ke atas bersebelahan setiap nombor tadi.
Sumber : Cikgu Katy , Faza Aziz