DAFTAR PAS PERJALANAN TANPA HAD MYRAIL5 : OKU & PELAJAR

myrail5

Bagi meringankan beban kos pengangkutan awam kepada golongan kurang berkemampuan terutamanya golongan OKU dan pelajar, KTMB kini memperkenalkan pas perjalan tanpa had yang digelar MYRAIL5 untuk golongan OKU dan pelajar bermula dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 6.

Pas perjalanan tanpa had ini berharga RM5 dan boleh digunakan selama 30 hari khas untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU bagi perkhidmatan KTM mengikut sector berikut :

  • Lembah klang
  • KTM Komuter utara
  • Shuttle timuran (Kuala lipis-Tumpat

Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 dan berada dalam kategori OKU, anda layak untuk memohon pas perjalanan ini.

Pendaftaran telah dibuka pada 27 Disember yang lalu melalui kaunter tiket atau boleh juga secara dalam talian. Pas ini boleh mula digunakan pada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Ia boleh digunakan selama 30 hari termasuk pada hujung minggu dan juga cuti am.

PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN :

PERMOHONAN SECARA MANUAL :

  • Bagi pengguna baharu :
  1. Kad pengenalan
  2. Dokumen pengesahan pelajar dari pihak sekolah
  3. Kad OKU dari JKM
  4. Kad Konsesi Komuter Link sedia ada

(dokumen diperlukan tertakluk pada sector komuter mana yang anda gunakan)

  • Bagi pengguna sedia ada :
  1. Kad pengenalan
  2. PNR (KITS)
  3. Kad daripada JKM (OKU)

(dokumen diperlukan tertakluk pada sector komuter mana yang anda gunakan)

  • Pembaharuan pas :
  1. Kad pengenalan
  2. Kad konsesi Komuter Link sedia ada
  3. PNR (KTIS)
  4. Kad OKU

Kad yang telah didaftarkan tidak boleh dipindah milik dan ia juga tidak boleh dilanggan menggunakan kad Touch n Go.