Calon Spm 2020 Perlu Ke Sekolah Januari 2021

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi pelajar-pelajar peperiksaan seperti SPM dan STPM. Untuk calon SPM 2020 peperiksaan SPM dijangka akan diduduki pada februari 2021. Disebabkan pandemik Covid-19, sesi persekolahan 2020 banyak yang dihabiskan secara online sahaja. Ia agak mencabar untuk para pelajar SPM tahun 2020 kerana ini pengalaman pertama mereka belajar secara online. Guru juga ramai yang besungguh-sungguh mengajar para pelajar agar mereka berjaya menjawab peperiksaan SPM nanti.

Para pelajar Tingkatan 5 tahun 2020 yang dijadual menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan Februari 2021 perlu hadir ke sekolah seperti biasa apabila sesi persekolahan dibuka semula 20 Januari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, ia bagi memberi peluang kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sebelum kumpulan tersebut berdepan peperiksaan besar.

“Untuk pengetahuan yang berhormat, pelajar-pelajar tTngkatan 5 2020 akan berada di persekolahan 2021 sehingga mereka memulakan sesi peperiksaan  pada Februari.

“Ini supaya kita boleh memberi sedikit ruang kepada mereka bersemuka dengan cikgu-cikgu sebelum menghadapi peperiksaan sebagaimana ditakwimkan Kementerian Pendidikan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi kementeriannya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian menjawab celahan Senator Datuk Razali Idris berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan meminda tarikh peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada 22 Februari 2021.

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula dianjak ke 8 Mac 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memaklumkan perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, penjadualan semula peperiksaan awam tidak akan menjejaskan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Semoga dengan sedikit masa yang dapat guru dan pelajar SPM luangkan sebelum bermulanya peperiksaan SPM pada bulan februari nanti, bolehlah para pelajar mengambil peluang untuk belajar secara bersemuka bersama guru untuk kali yang terakhir sebelum mereka melangkah ke alam universiti.

 

Sumber : Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here