
Selaras dengan belanjawan 2021 yang telah dibentangkan, Tan Sri Lee Lam Thye telah memberi beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha penambahbaikan menjaga kebajikan veteran ATM.
Beliau berkata, pasukan ATM adalah antara yang banyak menyumbang jasa dalam menjaga keamanan negara dan sewajarnya usaha serta jasa mereka diberikan perhatian dengan lebih mendalam terutama kepada veteran ATM.
Antara cadangan yang dicadangkan adalah :
- Pembayaran elaun bulana atau secara one-off Pingat Jasa Malaysia PJM
- Elaun berdasarkan perincian perbelanjaan sebanyak Rm200 sebulan atau secara one-off Rm500 setahun
- Elaun terlantar kepada pewaris atau penjaga yang menjaga veteran ATM yang terlantar sepenuh masa sebanyak RM350 sebulan diperuntukan khas kepada 200 orang pewaris/penjaga
- Menyediakan kemudahan kad rawatan pesakit luar bagi veteran ATM, Rm350 setahun untuk sekeluarga
- Pemberian bantuan permulaan perniagaan usahawan kecil dalam kalangan veteran ATM bagi membantu mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan
Diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kerajaan Malaysia supaya veteran ATM ini tidak terkecuali dan tidak terpinggir dari mendapat keistimewaan yang sepatutnya mereka miliki.