Bantuan Khas E-Wallet RM100 Pada 2021

Kerajaan menerusi Menteri Kewangan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 50 secara one-off bermula 2021 kepada RM 100 setiap orang
Bantuan ini akan melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara. Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah untuk membantu kehidupan seharian para belia.
Pemberian RM 50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.

Syarat mereka yang layak :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
  • Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
  • Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet
 

Bagaimana untuk memohon?

  • Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas.
  • Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
  • Mengisi segala butiran yang diperlukan.
Bantuan ini hanya akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini terus anda boleh tebus menggunakan verifikasi kad pengenalan.
Bantuan ini ditambah untuk membantu para pelajar akibat pandemik covid-19. Diharap para pelajar dalam golongan belia akan menggunakan bantuan khas ini sebaiknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here