Aplikasi Telegram Akan Kenakan Bayaran Mulai Tahun Hadapan

Telegram app

Pengasas aplikasi itu, Pavel Durov berkata, keputusan itu dibuat memandangkan syarikat berkenaan memerlukan dana ratusan juta setiap tahun untuk mengekalkan perkhidmatannya kepada pengguna.

Perkhidmatan berbayar itu merangkumi ciri khusus menggunakan kaedah ‘paid features’ namun, servis mesej percuma masih dikekalkan. Pembangun aplikasi berkenaan dijangka akan memperkenalkan kaedah penjanaan wang dan mungkin memperkenalkan sistem iklan.

Aplikasi Telegram akan mula menjana pendapatan bermula tahun depan dengan perkhidmatan aplikasi secara berbayar itu. Untuk itu juga, telegram mampu melancarkan pelbagai ciri lain dan mampu untuk menampung jumlah pengguna aplikasi lebih ramai.

Aplikasi mesej Telegram sangat popular dalam kalangan pengguna hari ini memandangkan ciri keselamatannya yang mengandungi mesej terkod dan mengelakkan pihak ketiga menceroboh atau membaca sebarang perbualan antara pengguna.

Namun, beliau menyebutkan bahawa ciri-ciri yang sedia ada ketika ini akan kekal percuma.  Tiada caj tambahan akan dikenakan ke atasnya. Semua ciri yang kini percuma akan tetap percuma. Kami akan menambahkan beberapa ciri baru untuk pemilik perniagaan atau pengguna kuasa. 

Beberapa ciri ini memerlukan lebih banyak sumber dan akan dibayar oleh pengguna premium ini. Pengguna biasa akan dapat terus menikmati Telegram secara percuma, selama-lamanya.

Durov mengatakan bahawa mesej antara pengguna juga tetap akan bebas daripada sebarang iklan. Ini kerana beliau merasakan bahawa memaparkan iklan di tengah-tengah perbualan bukan satu idea yang baik.

Durov mengatakan bahawa untuk menjana pendapatan, ia tidak merancang untuk menjual Telegram seperti pengasas Whatsapp. Hampir semua perbelanjaan untuk menampung kos operasi Telegram dibiayai oleh wang poketnya dan kini memerlukan kaedah baru untuk mendapat pendapatan.

Dunia memerlukan Telegram untuk berdikari sebagai tempat pengguna dihormati dan perkhidmatan berkualiti tinggi terjamin.  

Sumber : harian metro