[Tindakan Segera] Permohonan Kemasukan Rancangan Khas Pendidikan Kini Dibuka

Yayasan Selangor dalam kenyataan memaklumkan, murid Tahun enam / 2020 yang layak harus mendapat sekurangnya tahap tiga di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam dan bersekolah rendah di Selangor.

Keutamaan akan diberi untuk murid luar bandar dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Pemohon, ibu atau bapa harus lahir di Selangor atau bermastautin sekurangnya 10 tahun serta warganegara Malaysia

“Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (jumlah pendapatan ibu bapa dibahagi jumlah isi rumah) kurang RM2,000 sebulan,” kata kenyataan itu.

Selain itu, pemohon harus mendapatkan pengesahan doktor yang mengesahkan pemohon sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

Pemohon boleh memohon secara dalam talian atau memuat turun borang daripada laman web Yayasan Selangor diĀ www.yayasanselangor.org.my. Sebarang maklumat mengenai permohonan boleh dirujuk di laman sesawang yang sama.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Disember manakala tarikh akhir bagi penghantaran dokumen adalah pada 21 Disember 2020,” katanya. sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/647645/permohonan-kemasukan-rancangan-khas-pendidikan-dibuka-esok