Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Surat Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

 

Presentation1

Surat Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ini merupakan surat yang baru sahaja dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan sidang media Menteri Kanan Pendidikan kelmarin, 8 November 2020.

Kandungan surat ini adalah seperti berikut:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional (KV) di bawah KPM di negeri-negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

KPM juga memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak turu ditutup. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Leaming mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah/KV di negeri yang dilaksanakan PKPB atau bukan PKPB perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Di sepanjang tempoh ini, guru hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua guru dikehendaki berada di stesen ternpat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan.

Guru perlu melaksanakan PdPR dan tidak perlu hadir bertugas di sekolah/KV mengikut jadual harian seperti biasa. Jika sekiranya bahan PdP bernda di sekolah/KV dan talian Internet di sekolah/KV yang lebih baik, guru diber.arkan berada di sekolah.

Kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan arahan Ketua Jabatan serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Dapatkan “Surat Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PDPR

 

 

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Surat Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Anda Mungkin Meminati