Sedarlah Ibubapa! Kisah Seorang Anak Masalah Mental Tidak Dapat Support Ibubapa Hingga Dia Mati

proses menanam mayat 212
gambar hiasan

Kisah ini admin petik dari Fanpages Pakar Diari Hati yang mana ada 1 perkongsian yang sangat menyentuh hati.

Ianya jelas berkisahkan seorang anak yang mempunyai masalah mental (disorder) yang tidak mendapat perhatian oleh ibubapa. Lebih tepat, seperti ibubapa mereka tidak dapat menerima keadaan anak mereka yang mengalami masalah mental ini.

Tuan/puan semua, sila ambil kisah mengenai masalah mental ini. Ramai ibubapa tidak memahaminya. Ianya bukan bermaksud anak kita cacat, oku dan sebagainya tetapi sebenarnya ini bermaksud anak kita PERLUKAN BANTUAN!

Kisah Amir Yang Menyayat Hati

1 2 3 4 5 6 7 8

Ibubapa Minta Perhatian

Sampai sekarang saya masih tak boleh hadam bila bertemu dengan ibu bapa yang menganggap anak dia pandai ABC 123 dari usia 2 tahun itu tak ada masalah apa-apa & dah cukup pandai.
Hyperlexia dan Hypernumeric di kalangan kanak-kanak bawah 4 tahun bukan sesuatu yang membanggakan. Ianya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Kerana anak-anak yang kenal huruf dan nombor serta sangat obses dengannya mengalami masalah depression dalam senyap. It kills the child’s imagination, creative thinking, judgement & problem solving skills. In fact, ianya juga “membunuh” emosi anak-anak ini walaupun secara mata kasarnya kita nampak anak itu enjoy dengan huruf dan nombor.
**Kesedaran ini saya bagi pada ibu bapa yang tiada anak Autism dan ADHD. Bagi anak Autism dan ADHD yang ada symptom Hyperlexia dan Hypernumeric ini, ianya adalah satu “anugerah”, yang mana jika kita tahu “menggunakan” symptoms ini dengan baik, ianya dapat membantu mengatasi masalah social-communication yang mereka alami**
Tapi untuk anak anda yang asalnya normal, lahir tiada isu Sensory Processing Disorder yang ketara tiba-tiba anda bersemangat terlebih nak bagi anak pandai akademik. Anda silap.
Bawah usia 4 tahun kalau anak-anak tak reti lagi nak membaca, kenal huruf dan nombor itu semua adalah bukan satu masalah.
Saya ulang, IANYA BUKAN SATU MASALAH.
Dan berapa banyak kes saya jumpa kanak-kanak yang di usia 4-6 tahun yang dah pandai membaca, kenal huruf dan nombor suffer from anxiety and depression issues? Banyak.
Nak cakap lebih-lebihpun susah jugak. Sebab yang merawatnya adalah kami.
Lebih berat lagi, nak “merawat” pemikiran ibu bapa mereka sendiri.
Kanak-kanak sepatutnya BERMAIN. Cukup. BERMAIN. BERMAIN. BERMAIN.
Jika benda yang dia main tu adalah bahaya, PANTAULAH SEPENUH HATI ANDA. TELEFON LETAK TEPI. Create bonding dengan anak-anak ketika bermain. Tuhan bagi masa sehari 24 jam, takkan 30 minit masa bersama anak setiap hari pun kita tak boleh bagi?