Ringkasan Bajet 2021 Untuk Kementerian Pendidikan

Alhamdulillah Ringkasan Bajet 2021 Untuk Kementerian Pendidikan ini jelas membuktikan kepentingan sektor pendidikan kepada negara. Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah 50.4 bilion ringgit atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan.

Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2021 Untuk Pendidikan

Ringkasan

  • Bagi sekolah di luar bandar Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta.

 

  • Pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga RM 5 akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU. Mereka boleh menggunakan pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, Komuter Utara, Tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom. Jika tambang sekarang secara puratanya ialah RM 5 sehari, maka bermula tahun hadapan, tambangnya hanyalah RM 5 SEBULAN.

 

  • Dalam norma baharu ini, pembelajaran telah menjadi satu amalan. Sehubungan itu, bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis. Projek diselia oleh Yayasan Hasanah

 

  • Selain itu, kebajikan murid bekeperluan khas di sekolah turut diberi perhatian oleh Kerajaan. Maka bagi memperkasa Pendidikan khas, RM 45 juta akan disediakan untuk tujuan ini.

 

  • Selain itu, kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif.

 

  • Bagi memastikan suasana pembelajaran kondusif, sebanyak RM 800 juta disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Peruntukan ini juga termasuk kerja-kerja menaik taraf dan membina dewan terbuka atau struktur berbumbung bagi menyediakan tempat berhimpun yang selesa dan selamat di sekolah-sekolah Kerajaan.

 

  • Bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, Kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja kepada SETIAP HARI PERSEKOLAHAN.

Download Ucapan Penuh Bajet 2021

Download disini : 06112020164243