Penutupan sekolah sehingga tamat hari persekolahan 2020

Penutupan sekolah sehingga tamat hari persekolahan 2020
Sumber Gambar: GPS Bestari

Penutupan sekolah sehingga tamat hari persekolahan 2020. Kenyataan ini adalah berdasarkan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin. Perkara ini juga bersumberkan Yusmizal Dolah Aling, Harian Metro.

  1. Semua sekolah termasuk Kelantan, Perlis dan Pahang ditutup sehingga 17 Disember 2020
  2. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing².
  3. Murid² yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.
  4. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.
  5. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2021 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
  6. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.
  7. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Utk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.
  8. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.
  9. Bagi pelaksaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.
  10. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.
  11. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.
  12. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 – 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021
    (sumber: copy paste daripada perkongsian di Whatsapp.)

123691965 3665803890124913 5078355965826059086 n

Kuala Lumpur: Semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup bermula esok sehingga hari akhir persekolahan pada tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menutup semua sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak mulai 9 November hingg 17 Disember.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata, bagi sekolah Kumpulan A, sesi persekolahan akan ditutup sehingga 17 Disember dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B.

Katanya, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

“Penggal persekolahan bagi tahun 2021, akan bermula pada 20 Januari dan murid sekolah rendah akan memulakan sesi pembelajaran pada tarikh itu.

“Manakala bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional juga akan memulakan pengajian pada tarikh yang sama,” katanya.

Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah akan dilaksanakan secara home based learning dan pelajar di asrama perlu dibawa pulang ibu bapa, katanya.

Laporan lanjut menyusul

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Penutupan sekolah sehingga tamat hari persekolahan 2020. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.