Murid Darjah 3 SJK(C) Pin Hwa 1 Selangor Juara Pertandingan NASA, Agung Turut Zahirkan Ucapan TAHNIAH!!!

Featured Image 25
Kredit https://ohmymedia.cc/

Murid cilik, Zyson Kang Zy Shun berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (Kategori bawah 11 tahun) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA).

Murid tahun tiga dari SJK(C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor itu berjaya menarik hati panel hakim dari NASA dengan ciptaan beliau, Spacesuit Lunar Toilet sehingga menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

Budak umur 9 tahun harumkan nama Malaysia

Ciptaan Zyson yang sesuai dengan ruang angkasa angkasawan, tidak memerlukan elektrik atau bateri sebaliknya hanya daya kinetik mekanikal.

Dijemput untuk mempersembahkan reka bentuk dan ciptaannya dengan pasukan NASA pada 28 Oktober lalu melalui webinar, Zyson mengingatkan para juri dengan idea sederhana namun berkesan.

Agong Zahirkan Ucapan Tahniah

Sementara itu, kejayaan luar biasa tersebut mendapat perhatian ramai termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

123485113 226015628948975 2744507398924166169 o

Berita Penuh di Caption

6 November 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Zyson Kang Zy Shun, murid sekolah rendah berumur 9 tahun dari SJK(C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor, atas kejayaan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (Kategori bawah 11 tahun) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA).

Ciptaan beliau, Spacesuit Lunar Toilet, telah menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Zyson yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan memberi yang terbaik serta berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Zyson dan mendoakan semoga beliau sentiasa dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta terus menyumbang kepada negara.

Zyson memenangi pertandingan tersebut dengan ciptaannya yang memudahkan angkasawan untuk membuang air sewaktu berada dalam kapal angkasa.

Ciptaan unik ini tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri, hanya menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan; justeru mengurangkan risiko alat tersebut untuk rosak.

Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel, untuk menukarkannya menjadi pepejal.

Pertandingan Lunar Loo Challenge telah dianjurkan oleh NASA bagi merancang misi ke bulan pada 2024.

Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada si cilik itu atas kejayaan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge.

Cabaran Lunar Loo antarabangsa NASA diadakan bagi mencari reka bentuk baru untuk tandas yang akan berfungsi baik dalam gravitasi mikro dan gravitasi bulan untuk misi bulan berikutnya pada tahun 2024.

Sumber: The Star (Lee Chong Hui) , Istana Negara