Rasa seronok itu bukan hanya untuk pelajar belajar, malah bangkitkan perasaan seronok untuknya mengajar juga. Kata Cikgu Nancy.
Kelas dalam talian sangat BOSAN. Jadi, saya nak mereka sentiasa seronok dan menunggu untuk masuk Google Meet. Dalam masa sama, saya nak menimbulkan suasana keseronokan masa Google Meet.
Saya nak saya dan anak-anak murid seronok dan bersemangat untuk belajar.
Akuinya cara ini juga memberi semangat dan motivasi kepada dirinya sendiri. “Saya usaha untuk enjoy journey mengajar dari rumah secara dalam talian. Hakikatnya, mengajar dalam talian jauh lebih penat daripada bersemuka.
Bukan cikgu Nancy saja yang merasai perasaan sebegitu. Malah, tak dinafikan rata-rata guru juga sedang menghadapi emosi yang sama. Begitu juga mak ayah, malah pelajar tak mudah sebenarnya nak melalui proses pembelajaran dalam talian ini.
Namun, ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19, inilah pengorbanan yang terpaksa rakyat Malaysia laburkan. Demi anak bangsanya terus berdaya saing.
Baju Cantik-cantik Dari Koleksi Peribadi Cikgu Nancy
Busana-busana cantik yang Cikgu Nancy kenakan; sari, baju tradisional kaum Iban dan terkini, busana Dusun Tatana adalah daripada koleksinya sendiri.
Ini koleksi baju saya sendiri. Daripada pakai sekali saja, terperap dalam almari. Baik saya pakai untuk kelas online.
Bukan saja pakaian Cikgu Nancy yang berbeza, lokasi kelas onlinenya juga berubah-ubah kedudukannya di dalam kediamannya. Begitu juga dengan alas meja mengajar, yang dihias sesuai dengan tema.
Ternyata, guru ini sangat kreatif dalam memberikan sesuatu input baru kepada para pelajarnya. Malah, akuinya sebelum ini.. kehadiran penuh pelajar juga berjaya diperoleh ketika kelas online nya itu.
sumber gambar & artikel :
- https://www.facebook.com/nancy.werry
- https://www.mingguanwanita.my/cikgu-nancy-bercantik-cantik-dalam-google-meet-mahu-murid-sama-sama-seronok-belajar/