Ada Netizen Salahkan Guru Kaunseling Tak Main Peranan dalam Kes Pembunuhan Siti Nur Surya

Ada Netizen Salahkan Guru Kaunseling Tak Main Peranan dalam Kes Pembunuhan Siti Nur Surya

HULU TERENGGANU, 2 November – Seorang pelajar sekolah tingkatan enam ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang remaja perempuan di Kampung Lubuk Batu, Kuala Telemong, semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata remaja perempuan berusia 19 tahun itu ditahan pada 8.15 pagi tadi di Balai Polis Telemong ketika suspek tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan pada peringkat awal.
“Walaubagaimanapun hasil keterangan yang diberikan agak mencurigakan dan pihak polis mendapati terdapat beberapa kecederaan dibahagian tangan suspek yang mungkin disebabkan pergelutan diantara suspek dan mangsa.
“Pihak polis kemudian telah membuat pemeriksaan di rumah suspek dan menemui beberapa barangan, milik mangsa yang disamun,” katanya kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, hari ini.
Mohd Adli berkata, penemuan bahan bukti berkenaan, suspek yang juga bekas rakan sekolah menengah mengaku berada di lokasi kejadian pada jam 9.00 pagi semalam.
“Suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa dikatakan datang untuk berbual sebelum membawa kepada pergaduhan mulut dan suspek bertindak ganas dengan mengambil pisau pemotong sayur yang ditemui di ruang tamu.
“Suspek menggunakan pisau berkenaan untuk menetak tangan mangsa hingga putus dan kemudiannya melarikan barang-barang milik mangsa,”ujarnya.
Jelas beliau, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai bunuh dan bukan samun dan bunuh.
Menurutnya lagi, suspek akan dibawa ke mahkamah Marang esok untuk perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut.
Terdahulu dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, mangsa Siti Nor Surya Ismail, 19, ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu kediaman setingkat tersebut dengan kesan kecederaan lain pada bahagian muka dan badan.

Netizen Mula Salahkan Guru Kaunseling

123484345 1564130637106017 8502377836228334763 o 123205711 1564130783772669 7777144378249418549 o 123505777 1564130710439343 6012795991391536936 o 123726525 1564130850439329 532732504532395188 o

Benda Boleh Salahkan Orang, Buat Apa Duduk Diam?

Ini sebenarnya ayat yang dipetik dari komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen lain yang turut mengecam status serta komen yang dilemparkan keatas guru-guru.

Pening memikirkan masalah sosial dan keyword warriors sekarang.