Tindakan Fahmi Reza Lukis DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas Buat Netizen Marah

Tindakan Fahmi Reza Lukis DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas Buat Netizen Marah

Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara yang paling sibuk berganding bahu dengan para frontliners untuk membendung virus berkenaan.

Namun, tindakan seorang pereka grafik tempatan ini mengundang kemarahan apabila memuat naik satu lukisan yang memaparkan DG Hisham di dalam mangkuk tandas.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pereka grafik bebas yang terkenal dengan nama Fahmi Reza yang melukit wajah DG Hisham di dalam mangkuk tandas dengan kapsyen ‘please use the toilet’ sangat biadap dan melampau.

Kata netizen lagi, kita sepatutnya menghormati petugas barisan hadapan yang sedang bertarung nyawa dan berhempas pulas demi kesejahteraan negara. Netizen berkata lagi, rakyat berhak bersuara tetapi perlu digunakan secara bertanggungjawab.

Difahamkan, lukisan ‘Please use the toilet’ adalah berkenaan reaksi DG Hisham di laman Twitter apabila ada netizen bertanya mengenai ahli politik yang tidak mengikut SOP dengan mengambil peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’.

Hanya menjawab dengan ringkas, DG Hisham meminta mereka untuk menggunakan tandas. Susulan jawapannya itu, rata-rata netizen yang tidak memahami ‘kiasan’ tersebut mula menyerang DG Hisham.

Namun ada netizen berpendapat, jawapan ‘please use the toilet’ daripada DG Hisham mungkin mempunyai maksud ‘mendalam’, “Bagi saya, [apa yang] DG maksudkan adalah apa sahaja yang berlaku, sila ikut peraturan.”

Bukan kali pertama mencetuskan kontroversi, sebelum ini sering kali mendapat perhatian netizen selepas memuat naik lukisan yang mengutuk ahli politik di Malaysia. Malah, turut terkenal dengan lakaran badut bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.