[PENGUMUMAN] KPM Keluarkan Manual Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR)

[PENGUMUMAN] KPM Keluarkan Manual Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR)
[adinserter name="sgo 1"]
[PENGUMUMAN] KPM Keluarkan Manual Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pemakluman Manual Pengajaran & Pembelajaran di Rumah PdPR

Pemakluman Manual Pengajaran & Pembelajaran di Rumah

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Manual ini bertujuan untuk memberi panduan kepada guru bagi melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang serta membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum.

Sekirangan terdapat sebarang pertanyaa, sila berhubung dengan Encik Ismaisham bin Ismail di talian 03-88849599 atau 017-9639029. Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Download 

  1. SURAT PEMAKLUMAN MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (31kb)
  2. Manual PdPR (363kb)
  3. SLAID MANUAL PdPDR (1.56mb)

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) oleh KPM

PENGENALAN

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

2. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

DEFINISI OPERASI

1. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

2. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

OBJEKTIF

1. Objektif Manual PdPR ialah:

  • sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang; dan
  • membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum.

PENDEKATAN DAN KAEDAH PdPR

  1. Pendekatan PdPR
    a) PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.
    b) PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:
  • pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
  • aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
  • ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.

b) Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.
c) Panduan tempoh layar maksimum mengikut umur berdasarkan sumber daripada www.eyepromise.com dengan merujuk kepada The American Academy of Pediatrics (AAP)
dan World Health Organization (WHO) adalah seperti berikut:

d) Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.
e) PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain.
f) Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan. Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuian.
g) Guru juga perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara di luar talian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.
h) Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di manamana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan
sementara akibat bencana atau wabak. Pembelajaran secara off-site dilaksanakan mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 2016 Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.
i) Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah yang dilantik.

Pelaksanaan PdPR

Penutup

Manual PdPR ini merupakan panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti PdPR secara optimum. Kejayaan PdPR murid memerlukan sokongan semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD, sekolah, guru, ibu bapa/ penjaga dan komuniti.