Pengambilan Calon Guru Ambilan Oktober 2020 ini adalah berdasarkan pemberitahuan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bahasa Jerman dan bahasa Korea di Institut Pendidikan Guru ambilan Oktober 2020.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
16 Oktober 2020 (Jumaat) sebelum jam 11.59 malam.
Keterangan Program
Pengambilan calon guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sepenuh masa ambilan Oktober 2020
- Mod Program : Sepenuh Masa
- Tempoh Pengajian : Satu (1) tahun / tiga (3) semester
- Tempat Pengajian : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
- Bidang Pengkhususan yang ditawarkan : Bahasa Jerman dan Bahasa Korea
Syarat-syarat Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan;
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2020 iaitu lahirnpada atau selepas 31 Disember 1985.
Syarat-syarat Kelayakan Akademik
Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
- Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ , dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ - Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.00 ke atas
- Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V)
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BIDANG PENGKHUSUSAN
Bahasa Jerman
- Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Test Deutsch als Fremdsprache (TestDaF).
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
Bahasa Korea
- Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3).
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea / UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)
TARIKH PENTING AKTIVITI PENGAMBILAN CALON GURU
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIIDIKAN (PDPP)
BAHASA KOREA DAN BAHASA JERMAN AMBILAN OKTOBER 2020
Dapatkan “Iklan Pengambilan Calon Guru Ambilan Oktober 2020” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Iklan PDPP Bahasa Jerman – Korea Okt 2020
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Calon yang sedang mengikuti program ikhtisas di mana-mana institusi pengajian tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ;
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan atau ditamatkan daripada program pengajian.
- Calon yang diisytiharkan muflis.
- Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
- Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri.
CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web di alamat: https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 9 hingga 16 Oktober 2020.
- Calon yang didapati memberi maklumat palsu/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan, Kerajaan Malaysia boleh menarik balik surat tawaran dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 (Akta 574) Kanun Keseksaan
MAKLUMAT DAN PERHATIAN
- Pemohon yang memenuhi syarat perlu menduduki e-UKCG dan membuat rakaman video pengajaran (Rujuk panduan e-UKCG dan panduan penyediaan rakaman video).
- Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya menduduki e-UKCG boleh disemak menerusi https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 20 Oktober 2020.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (PPG/PDPP-2020) serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. - Pemohon perlu menyemak dan akur dengan Tarikh-Tarikh Penting Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jerman Dan Bahasa Korea Ambilan Oktober 2020, walaubagaimanapun KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Pengambilan Calon Guru Ambilan Oktober 2020Â memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.